Analisis Kemiskinan Bandar: Kajian Kes Golongan B40 Di Petaling Jaya, Selangor

Mayan, Siti Nor Ain (2022) Analisis Kemiskinan Bandar: Kajian Kes Golongan B40 Di Petaling Jaya, Selangor. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Setiap negara menginginkan kemiskinan dapat dikurangkan sehingga ke tahap sifar. Namun ia perlu seiring dengan usaha yang berterusan dan pendekatan yang dinamik sesuai dengan perkembangan sosial masyarakat. Kehidupan masyarakat semakin kompleks sehingga menyebabkan golongan berpendapatan rendah atau dikenali sebagai golongan B40 yang hidup ditengah proses urbanisasi semakin terhimpit kerana kos sara hidup yang semakin meningkat setiap hari. Meningkatkan taraf hidup dan pendapatan golongan ini adalah sangat penting untuk mengukuhkan kestabilan ekonomi dan sosial di dalam negara Malaysia. Terdapat empat objektif dalam kajian ini iaitu membentuk profil golongan B40, mengenal pasti tahap pemilikan harta golongan B40 di kawasan bandar, memeta pengelompokkan golongan B40 dengan menggunakan Sistem Informasi Geografi (GIS), dan membangun kaedah yang sesuai untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 di kawasan bandar. Bagi mencapai objektif kajian, penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif. Proses temu bual informan dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Terdapat tiga kumpulan informan yang pertama terdiri daripada golongan B40 seramai 50 orang yang dipilih secara rawak di lima kawasan bandar terpilih di daerah Petaling Jaya, Selangor. Lima kawasan tersebut ialah Bandar Petaling, Petaling, Sungai Buloh, Damansara dan Bukit Raja.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory > HB1951 Population geography
Divisions: Pusat Kajian Kelestarian Global (Centre for Global Sustainability Studies (CGSS)) > Thesis
Pusat Kajian Kelestarian Global (Centre for Global Sustainability Studies (CGSS)) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Sep 2023 07:52
Last Modified: 14 Sep 2023 07:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59385

Actions (login required)

View Item View Item
Share