Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian Terhadap Penyesuaian Pelajar Di Institut Pendidikan Guru

Tengku Besar, Tengku Norhani (2022) Pembinaan Dan Kesan Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian Terhadap Penyesuaian Pelajar Di Institut Pendidikan Guru. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (317kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina dan menguji Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian untuk meningkatkan penyesuaian pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Guru (IPG). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk meneroka pengalaman pelajar mengikuti Modul Terapi Seni Brief Fokus Penyelesaian, mengenal pasti tema dan imej pengalaman penyesuaian, dan mengenal pasti pola peningkatan penyesuaian pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif. Secara spesifiknya, kajian ini menggunakan kaedah eksperimental campuran (experimental mixed method) yang melibatkan data kuantitatif dan kualitatif dikumpul secara berfasa dengan menggunakan Soal Selidik Adaptasi Pelajar (Baker & Siryk, 1999) (SACQ), transkrip perkongsian kelompok, gambar digital visual hasil seni dan perkongsian video kreatif.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 06 Sep 2023 03:08
Last Modified: 06 Sep 2023 03:08
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59329

Actions (login required)

View Item View Item
Share