Tipologi Seni Bina Sekolah Kolonial Era British Di Tapak Warisan Dunia Unesco Melaka

Yusof, Muhammad Adam Che (2022) Tipologi Seni Bina Sekolah Kolonial Era British Di Tapak Warisan Dunia Unesco Melaka. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (295kB) | Preview

Abstract

Sekolah kolonial peninggalan era penjajahan British merupakan antara khazanah negara yang tidak terjangkau nilainya. Ciri-ciri seni bina yang terdapat pada sekolah kolonial ini juga mengandungi seribu satu falsafah dan makna yang tersembunyi dan tidak boleh dijumpai pada mana-mana binaan sekolah moden pada ketika ini. Namun, kini nilai warisan sekolah-sekolah kolonial ini kian diabaikan oleh pelbagai pihak. Tambahan pula, terdapat juga sekolah kolonial yang tidak mengambil berat berkaitan perubahan fizikal sekolah yang tidak konsisten dan boleh mengancam kepada imej sekolah. Selain itu, pihak-pihak berwajib seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak sekolah juga kekurangan dari segi pendokumentasian berkenaan latar belakang, reka bentuk dan seni bina sekolah kolonial secara mendalam melalui inventori untuk dijadikan panduan dan rujukan. Malah, kajian-kajian terdahulu juga kurang menyentuh aspek tipologi bagi sektor sekolah kolonial dan hanya melibatkan bangunan-bangunan lain sahaja. Oleh itu, kajian ini menyelidik dan mengkaji identiti sekolah, komponen dan prinsip reka bentuk binaan bangunan sekolah terbabit, dan seterusnya mengenal pasti serta membentuk tipologi seni bina bagi sekolah-sekolah kolonial yang dipilih. Bagi memastikan objektif kajian tercapai, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara keseluruhannya dengan beberapa pendekatan seperti kajian kes, temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Dari sudut kajian kes, ia akan melibatkan sekolah-sekolah kolonial yang berada di dalam kawasan zon warisan UNESCO iaitu zon teras dan zon penampan sahaja.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH1-9745 Building construction
Divisions: Bahagian Akademik & Antarabangsa (Division of Acdemic & International) > Monograph
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 30 Aug 2023 08:02
Last Modified: 30 Aug 2023 08:02
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59303

Actions (login required)

View Item View Item
Share