Penentu Pelaburan Langsung Asing Dan Pengaruh Terhadap Taburan Ruangan Di Semenanjung Malaysia

Abd Rahman, Norliza (2022) Penentu Pelaburan Langsung Asing Dan Pengaruh Terhadap Taburan Ruangan Di Semenanjung Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (548kB) | Preview

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami transformasi ekonomi sejak tahun 1960an. Pelaburan Langsung Asing (PLA) mula menjadi mekanisme utama dalam merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kemasukan PLA ke Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor penentu ekonomi dan ruang yang berlaku sejak dasar dan polisi kerajaan diperkenalkan. Walau bagaimanapun faktor lokasi merupakan aspek penting yang perlu dilihat kerana keputusan syarikat dan tidak semestinya dipengaruhi oleh polisi dan insentif cukai semata-mata namun mengambil kira faktor lain seperti aglomerasi industri, tenaga buruh dan perkelompokan pelaburan domestik. Banyak kawasan ekonomi seperti Special Economic Zone dan Free Trade Zone dibuka untuk memberi lebih banyak peluang dan pilihan kepada pelabur terutama dalam sektor pembuatan. Kehadiran PLA ke Malaysia secara langsung telah menyebabkan berlaku ketidakseimbangan taburan ruangan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics(General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 28 Aug 2023 01:52
Last Modified: 28 Aug 2023 01:52
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59272

Actions (login required)

View Item View Item
Share