Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja

Ishak, Nor Asikhin (2022) Pembinaan Dan Kesan Modul Kaunseling Kelompok Berstruktur (K²B) Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) Dalam Mengurangkan Kemurungan Remaja. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (541kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membina modul berasaskan Terapi Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) bagi mengurangkan kemurungan remaja. Selain itu, kajian ini menguji kesan modul dalam menentukan kebolehgunaan modul pada remaja murung. Terdapat dua fasa dalam proses pembinaan modul ini iaitu (1) fasa reka bentuk dan pembangunan dan (2) fasa perlaksanaan dan penilaian. Fasa reka bentuk dan pembangunan meliputi semakan pakar dan ujian kebolehgunaan modul. Manakala fasa perlaksanaan dan penilaian, menggunakan perisian SPSS 22 bagi mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan serta menguji kesan modul. Bagi pendekatan kuantitatif, reka bentuk kajian kuasi eksperimen tanpa kumpulan kawalan melibatkan pemilihan 40 remaja murung yang dipilih secara rawak berstrata. Manakala, bagi pendekatan kualitatif pemilihan melibatkan 4 kaunselor, 40 remaja murung dan 4 guru kelas yang dipilih secara persampelan bertujuan turut dijalankan. Dapatan daripada semakan pakar menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi iaitu .93 dan .96.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 28 Aug 2023 01:51
Last Modified: 28 Aug 2023 01:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59271

Actions (login required)

View Item View Item
Share