Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Prototaip Pengajaran Steam Prasekolah

Awang, Zahiroh (2021) Reka Bentuk Dan Pembangunan Modul Prototaip Pengajaran Steam Prasekolah. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (314kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah modul prototaip pengajaran STEAM sebagai panduan kepada guru prasekolah bagi mengatasi masalah ketidakcukupan rujukan berkaitan pedagogi STEAM di kelas prasekolah. Pelaksanaan kajian ini berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan oleh Richey dan Klein (2014) yang melibatkan empat fasa kajian. Namun dalam konteks kajian ini, pendekatan DDR ubahsuai oleh Saedah Siraj, Muhammad Ridhuan Tony Lim Abdullah & Rozaini Muhamad Rozkee (2021) telah digunakan yang melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk dan pembangunan dan fasa penilaian kebolehgunaan. Pengumpulan data fasa satu, analisis keperluan dilakukan menerusi temu bual separa struktur bersama-sama empat orang pakar dalam bidang pendidikan STEAM dan pendidikan prasekolah. Data fasa satu yang diperoleh dianalisis secara tematik. Data fasa kedua, reka bentuk dan pembangunan pula dikutip menggunakan teknik Fuzzy Delphi yang melibatkan dua puluh tiga orang panel pakar dalam bidang pendidikan STEAM, prasekolah, pembinaan modul prototaip dan kurikulum prasekolah. Analisis dapatan fasa kedua untuk reka bentuk dan pembangunan modul prototaip adalah berdasarkan maklum balas pakar terhadap protokol temu bual Fuzzy Delphi. Konsensus pakar berkaitan semua item yang terkandung dalam protokol temu bual diukur berdasarkan nilai ambangan d yang telah dihitung menggunakan analisis Fuzzy Delphi. Fasa ketiga menggunakan kaedah praeksperimental untuk menilai kebolehgunaan modul prototaip.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 21 Aug 2023 07:44
Last Modified: 21 Aug 2023 07:44
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59216

Actions (login required)

View Item View Item
Share