Ekosistem Amalan Terbaik Pembangunan Atribut Keusahawanan Pelajar Di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia

Alias, Hasmira (2022) Ekosistem Amalan Terbaik Pembangunan Atribut Keusahawanan Pelajar Di Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (428kB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi tumpuan kepada ekosistem amalan terbaik pembangunan atribut keusahawanan pelajar di tiga buah kolej vokasional KPM. Bagi mengenal pasti elemen ekosistem amalan terbaik pembangunan atribut keusahawanan pelajar di kolej vokasional yang dikaji, siasatan telah dijalankan kepada tiga elemen utama, iaitu strategi pelaksanaan, faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan strategi dan cabaran yang dihadapi oleh kolej vokasional yang dikaji. Reka bentuk kaedah kualitatif kajian kes pelbagai digunakan dalam kajian ini. Kaedah temu bual separa berstruktur dan kumpulan berfokus digunakan sebagai kaedah pengumpulan data utama manakala kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan nota lapangan turut digunakan untuk membuat triangulasi data.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 17 Aug 2023 01:20
Last Modified: 17 Aug 2023 01:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59159

Actions (login required)

View Item View Item
Share