Ahmad, Amir
(2022)
Ritual Pengkebumian Masyarakat Temiar Dari Perspektif Etnoarkeologi.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian etnoarkeologi ini dijalankan di lima buah penempatan masyarakat Temiar di Pos Kuala Mu, Lasah, Sungai Siput, Perak. Kajian ini bertujuan merekodkan tradisi kubur dan pengkebumian (sebelum, semasa dan selepas pengkebumian) masyarakat Temiar yang masih mengamalkan amalan tradisi untuk dikaitkan dengan budaya pengkebumian prasejarah Semenanjung Malaysia. Ini memandangkan data etnografi masyarakat kontemporari di Semenanjung Malaysia pada masa kini masih lagi belum digunakan dengan maksima untuk dihubung kaitkan dengan rekod arkeologi bagi memperkukuhkan interpretasi budaya pengkebumian prasejarah.
Actions (login required)
|
View Item |