Pembinaan Dan Kesan Modul Resilien- Mindfulness Terhadap Resilien Akademik Murid Keluarga B40

Hasan, Zulliana (2022) Pembinaan Dan Kesan Modul Resilien- Mindfulness Terhadap Resilien Akademik Murid Keluarga B40. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (417kB) | Preview

Abstract

Resilien merupakan satu sikap yang penting dalam memastikan seorang manusia berkebolehan untuk menghadapi kesukaran dalam setiap perkembangan kehidupan dan personaliti ini merupakan kemahiran yang boleh dipelajari. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan membina dan menguji keberkesanan modul untuk meningkatkan resilien akademik murid B40. Reka bentuk kajian kuasi ekperimen menggunakan kaedah penyelidikan campuran (mixed method) dengan melibatkan satu kumpulan rawatan serta dilakukan pengukuran dengan tiga peringkat ujian secara berulangan iaitu; ujian Pra, Ujian Pasca, dan Ujian susulan. Seramai 32 orang murid B40 telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan bagi kaedah kuantitatif dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 8 sampel kajian. Seterusnya untuk kaedah kualitatif pula seramai 4 orang murid telah dipilih secara rawak mudah dengan menggunakan Teknik fish bowl untuk ditemu bual. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen Skala Resilien (Wagnild & Young, 1993) dan menggunakan protokol temu bual. Analisis ANOVA satu hala ujian berulangan digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis inferensi menunjukkan terdapat kesan modul yang signifikan terhadap resilien murid B40 (Wilks’ Lambda=.056, F (2, 30) =253.2, p<.0005, multivariate partial eta squared=.94. Berdasarkan kepada bacaan multivariate partial eta squared=.94 menunjukkan kesan modul adalah sangat besar.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 14 Aug 2023 07:06
Last Modified: 14 Aug 2023 07:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/59118

Actions (login required)

View Item View Item
Share