Ahmad, Ahmad Muslihin
(2022)
Kompetensi Dan Kesediaan Guru Sains Praperkhidmatan Terhadap Pendidikan Stem.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Pendidikan STEM telah menjadi pendidikan utama dunia terutamanya
negara-negara pemain industri serta negara yang sedang membangun. Pendidikan
STEM berkait rapat dengan industri kerana kebanyakan industri-industri masa kini
yang memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang STEM seperti kejuruteraan,
bioteknologi dan perubatan. Malaysia sebuah negara yang semakin pesat
membangun memerlukan tenaga kerja mahir ini dalam industri. Oleh itu, pihak
kementerian telah melaksanakan satu pelan bagi mencapai matlamat ini. Pelan
pembangunan ini melibatkan pelbagai pihak termasuk bakal guru yang akan
mengajar mereka kelak.
Actions (login required)
|
View Item |