Kamarrudin, Mahazrul
(2003)
Penyingkiran Baki Ai3+ Selepas
Proses Pengentalan Pemberbukuan
Menggunakan Teknologi Membran.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kepekatan baki ion aluminium (Al3+) yang tinggi di dalam supematan selepas proses
pengentalan - pemberbukuan boleh menjadi bahan toksik yang merbahaya terhadap
badan manusia, terutama di dalam proses metabolisma. Bagi mengatasi masalah
tersebut, ujian jar dan kaedah pemisahan membran telah digunakan dalam kajian ini.
Dalam kajian ini juga, air sisa sintetik domestik disediakan sebagai larutan sampel
dalam ujian jar. Alum dan PAC telah digunakan sebagai bahan pengental dalam ujian
jar dan sebagai larutan suapan dalam kaedah pemisahan membran. Dalam kaedah
pemisahan membran, membran polimer RO dan membran seramik NF telah digunakan
kerana kedua-duanya mempunyai potensi yang baik untuk menyingkirkan ion terlarut.
Keputusan ujian jar yang diperolehi dalam proses prarawatan menunjukkan
bahawa nilai kepekatan baki Al3+ yang diperolehi di dalam supematan adalah 0.27 mg/L
Al3*, apabila 3 00 m g/L alum d igunakan p ada p H 6.0 d engan k eamatan p encampuran
deras pada 120 rpm selama 10 saat, keamatan pencampuran perlahan pada 40 rpm
selama 30 minit dan masa pengendapan selama 40 minit. Sementara itu, 0.23 mg/L Al3+
pula diperolehi apabila 200 mg/L PAC digunakan pada pH 6.5 dengan keamatan
pencampuran deras pada 100 rpm selama 8 saat, keamatan pencampuran perlahan pada
30 rpm selama 20 minit dan masa pengendapan selama 30 minit. Didapati bahawa, PAC adalah lebih berkesan untuk memberikan nilai optimum yang lebih rendah bagi setiap parameter berbanding dengan alum kecuali nilai pH.
Actions (login required)
|
View Item |