Kostum Eklektik Baba Dan Nyonya Di Pulau Pinang: Perkaitan Dengan Perubahan Sosiobudaya Dan Ekonomi Dari Tahun 1900-1957

Choong, Grace Ai May (2016) Kostum Eklektik Baba Dan Nyonya Di Pulau Pinang: Perkaitan Dengan Perubahan Sosiobudaya Dan Ekonomi Dari Tahun 1900-1957. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (46MB) | Preview

Abstract

Objektifutama kajian ini ialah untuk mengkaji stail kostum dan barang kemas Baba dan Nyonya yang eklektik dan sering berubah di Pulau Pinang dari tahun 1900- 1957. Baba dan Nyonya memakai banyak stail kostum sama ada yang berciri Melayu, Cina, Eropah, Burma, Thai dan lain-lain stail kostum yang menunjukkan pelbagai identiti kebudayaan mereka dalam tiga tempoh kajian, iaitu dari tahun 1900-1930, 1931-1941 dan 1945-1957. Stail kostum dan barang kemas yang dipakai oleh Baba dan Nyonya dikaitkan dengan sosiobudaya dan perubahan ekonomi semasa ketigatiga tempoh kajian ini; kostum-kostum itu merepresentasi status ekonomi, pekerjaan, pendidikan dan peranan gender Baba dan Nyonya. Kaedah kajian data yang digunakan ialah 'kajian berdasarkan imej'; di mana analisis gambar-gambar lama didapati daripada koleksi dan temuramah dengan Baba dan Nyonya semasa kajian lapangan di Pulau Pinang. Dari tahun 1900-1930, status ekonomi Baba dan Nyonya berkembang; kostum mereka memaparkan identiti majmuk mereka sebagai 'orang Cina Negeri Selat' dan golongan elit masyarakat itu. Nyonya memakai baju panjang dan sarung batik dengan menyikat stail rambut sanggul Nyonya 'ekor burung layanglayang' yang merupakan identiti Nyonya Pulau Pinang. Nyonya yang muda memakai baju pendek berpasang dengan sarung batik yang memaparkan pengaruh budaya Burma dan Thai. Dari tahun 1900-1930, masih banyak orang Baba menyimpan tocang sebagai simbol ketaatan kepada ibubapa dan identiti kecinaan mereka.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 23 Mar 2023 07:12
Last Modified: 23 Mar 2023 07:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/57505

Actions (login required)

View Item View Item
Share