Kuthoos, Haja Mydin Abdul and Endut, Noraida and Azmawati, Azman Azwan and Selamat, Nor Hafizah and Hashim, Intan Hashimah Mohd (2020) Pendidikan Remaja Dalam Pusat Pemulihan Mencari Yang Ditinggalkan. Universiti sains malaysia.
|
PDF
Download (123kB) | Preview |
Abstract
Kunci utama dalam membina sumber manusia yang berkualiti dan lestari adalah melalui sebuah sistem pendidikan yang baik. Sebuah sistem pendidikan yang baik mestilah memiliki ciri-ciri seperti inklusif dan kualiti pendidikan yang saksama serta mempromosikan pembelajaran yang melangkaui kumpulan umur sasaran biasa dan menjangkaui ruang serta kerangka masa yang ditetapkan (Sustainable Development Goal 4). Berdasarkan piawaian tersebut, kita percaya bahawa sistem pendidikan pemulihan seperti pusat pemulihan tidak seharusnya dipisahkan dan ditinggalkan dalam memikirkan tentang pendidikan yang mampan. Kajian ini merupakan satu usaha penerokaan awal bagi memahami pengalaman serta cabaran yang dihadapi dari perspektif pesalah juvana Malaysia dalam meneruskan pendidikan sewaktu menjalani hukuman tahanan di pusat pemulihan.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media |
Divisions: | Pusat Pengajian Komunikasi (School of Communication) > Book Section/Chapter Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Book |
Depositing User: | Mr Noor Azizan Abu Hashim |
Date Deposited: | 20 Feb 2023 04:52 |
Last Modified: | 20 Feb 2023 04:52 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/56998 |
Actions (login required)
View Item |