Othman, Siti Sarah (2020) Comparison of analgesic efficacy between preemptive intravenous paracetamol and single shot caudal block in paediatric inguinal hernia repair. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
|
PDF
Download (269kB) | Preview |
Abstract
Terdapat pelbagai kaedah untuk mencapai tahap keberkesanan analgesik yang mencukupi selepas pembedahan angin pasang di kalangan kanak-kanak. Pembiusan setempat ‘caudal block’ biasanya digemari dalam pembedahan bahagian bawah abdomen melibatkan kanak-kanak. Sebaliknya, paracetamol yang diberi melalui vena telah digunakan secara meluas kerana tahap keselamatan dan keberkesanan analgesiknya yang sangat baik. Kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap keberkesanan analgesic paracetamol yang diberi melalui vena dengan pembiusan setempat ‘caudal block’ selepas pembedahan angina pasang di kalangan kanak-kanak. Ini adalah satu kajian prospektif rawak melibatkan 40 orang kanak-kanak yang menjalani pembedahan elektif sebelah angin pasang di bawah pembiusan am di Hospital Universiti Sains Malaysia. Pesakit yang telah mendapat keizinan dari penjaga mereka dibahagi secara rawak kepada dua kumpulam yang menerima paracetamol melalui vena (kumpulan A) dan pembiusan setempat ‘caudal block’ (kumpulan B). Skor kesakitan diukur menggunakan skala FLACC pada 10 minit, 30 minit, 1 jam, 2 jam dan 6 jam selepas pembedahan dan dibandingkan. Keputusan lain yang diukur and dibandingkan adalah purata tekanan darah dan denyutan nadi semasa pembedahan, purata masa pertama untuk permintaan ubat tahan sakit, purata jumlah fentaniyl yang digunakan semasa tempoh pembedahan dan kadar kesan sampingan antara kedua-dua kumpulan Purata umur pesakit adalah 30.48 bulan. Pesakit dalam kumpulan B mendapat keputusan skor kesakitan yang lebih rendah pada 10 minit (p=0.018), 30 minit (p=0.013) dan 1 jam (p=0.05) dibandingkan dengan kumpulan A. Pada 2 jam dan 6 jam, tiada perbezaan yang signifikan direkodkan. Tiada ketidakstabilan hemodinamik direkodkan. Tiada perbezaan signifikan dalam masa pertama untuk permintaan ubat tahan sakit (p=0.079) dan juga jumlah total penggunaan fentanyl (p=0.090) semasa tempoh pembedahan. Tiada komplikasi besar yang signifikan diperhatikan pada kedua-dua kumpulan. Pembiusan setempat ‘caudal block’ merupakan pilihan yang lebih baik daripada paracetamol yang diberi melalui vena pada jam pertama selepas pembedahan namun tidak memberi perubahan yang signifikan selepas tempoh tersebut. Keberkesanan analgesik paracetamol yang diberi melaui vena adalah sama dengan pembiusan setempat ‘caudal block’ jika dikira dari perspektif masa pertama permintaan ubat tahan sakit dan juga jumlah penggunaan fentanyl.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Tahap keberkesanan analgesik |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RD Surgery > RD520-599.5 Surgery by region, system, or organ |
Divisions: | Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis |
Depositing User: | Mr Husnan Budin |
Date Deposited: | 13 Feb 2023 08:27 |
Last Modified: | 14 Feb 2023 08:38 |
URI: | http://eprints.usm.my/id/eprint/56909 |
Actions (login required)
View Item |