Suatu kaedah alternatif bagi pemodelan linear dalam biostatistik

Ibrahim, Mohamad Shafiq Mohd (2018) Suatu kaedah alternatif bagi pemodelan linear dalam biostatistik. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (288kB) | Preview

Abstract

Regresi Linear Berganda (MLR) merupakan sejenis model linear statistik yang biasa digunakan. Dengan perkembangan teknologi semasa dan peningkatan pembangunan berkaitan metodologi baru atau yang diubahsuai membawa kepada pembangunan kaedah secara alternatif bagi pengiraan model regresi linear berganda. Dalam kajian ini, model regresi linear berganda akan dikira secara komputasi statistik dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan SAS yang mempertimbangkan kombinasi regresi teguh, bootstrap, data berpemberat, Bayesian dan kaedah regresi kabur. Pembangunan metodologi adalah berdasarkan kepada algoritma SAS (Perisian SAS 9.4) yang merupakan komputasi statistik yang lebih teguh dengan gabungan regresi teguh, bootstrap, data berpemberat, Bayesian dan kaedah regresi kabur. Tiga algoritma SAS yang berbeza iaitu (i) Regresi Linear Berganda dengan Kaedah Boostrap (BMLR), (ii) Regresi Linear Berganda dengan Kaedah Boostrap, Data berpemberat dan Bayesian (BWBMLR) dan (iii) Regresi Linear Berganda dengan Kaedah Bootstrap, Data Berpemberat dan Regresi Kabur (FBWMLR) akan dibandingkan secara berasingan dengan purata penganggaran selang lebar. Bagi menguji keberkesanan algoritma yang dibina, tiga kajian kes akan digunakan iaitu pemodelan aras sistolik tekanan darah, pemodelan saiz tumor dan pemodelan karies awal kanak-kanak (ECC). Purata penganggaran selang lebar semua model bagi ketigatiga kajian kes telah dikira dan dibandingkan. Selang lebar yang terkecil adalah menunjukkan model yang lebih baik. Hasil keputusan menunjukkan bahawa model MLR mempunyai purata selang lebar iaitu 11.2948, 7.4816 dan 29.0407; dan model BMLR mempunyai purata selang lebar iaitu 2.5785, 3.7098 dan 19.6589. Model BWBMLR mempunyai purata selang lebar iaitu 2.3296, 3.5279 dan 16.3985; dan akhirnya, model FBWMLR mempunyai purata selang lebar iaitu 1.0066, 0.0058 dan 0.0092. Kesimpulannya, kaedah yang paling berkesan untuk mendapatkan hubungan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah tak bersandar adalah dengan mengunakan kaedah FBWMLR berbanding dengan kaedah MLR kerana purata penganggaran selang lebar yang terkecil.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Linear models
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Q Science > QA Mathematics > QA276-280 Mathematical Analysis
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Pergigian (School of Dental Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 01 Mar 2023 03:55
Last Modified: 01 Mar 2023 03:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56884

Actions (login required)

View Item View Item
Share