Kesan Sitotoksik Dan Mekanisme Kematian Sel Oleh Ekstrak Phyllanthus Pulcher Terhadap Pelbagai Turunan Sel Kanser

Rasad, Mohammad Syalful Bahari Abdull (2004) Kesan Sitotoksik Dan Mekanisme Kematian Sel Oleh Ekstrak Phyllanthus Pulcher Terhadap Pelbagai Turunan Sel Kanser. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (32MB) | Preview

Abstract

Kajian in vitro penyaringan aktiviti antikanser ekstrak tumbuhan Phyllanthus pulcher dilakukan. Aktiviti sitotoksik ekstrak heksana, kloroform dan metanol P. pulcher terhadap turunan sel HepG2 (sel karsinoma hepatoselular manusia), Caov-3 (sel adenokarsinoma ovari manusia), COL0205 (sel adenokarsinorna kolorektum manusia), NCI-H23 (sel adenokarsinoma paru-paru manusia) dan T-47D (sel karsinoma kalenjar mamari payudara manusia), dinilai menggunakan asai metilina biru (MBA). Kesemua ekstrak menunjukkan perencatan sel bersandarkan dos kecuali ekstrak kloroform terhadap sel T-47D. Ekstrak kloroform P. pulcher menunjukkan kesan perencatan terbaik terhadap sel HepG2 dengan nilai ECso 0.919 ug/ml. Ekstrak kloroform difraksinasi menghasilkan 20 fraksi dan fraksi F5 menunjukkan kesan perencatan terbaik terhadap sel HepG2 dengan nilai ECso 4.117 ug/ml. Nilai ini lebih tinggi daripada ekstrak kasar. Kemudian, mekanisme kematian sel HepG2 oleh ekstrak kloroform p. pulcher ditentukan sama ada melalui apoptosis atau nekrosis menggunakan kaedah Sistem Pengesanan Apoptosis Kolorimetrik DeadEnd, Sistem Pengesanan Apoptosis Fragmcntasi Sel DNA Secara ELISA dan pengekspresan gen apoptosis melalui tindakbalas berantai polimerase-transkripsi berbalik (RT-PCR). Sel didapati mati melalui apoptosis berdasarkan kaedah tersebut serta gen caspase-3 dan p53 diekspreskan pada tahap maksimum selepas 9 jam dan 30 minit masing-masing dengan ujian ekstrak. Penyaringan fitokimia sebatian utama dilakukan di mana ekstrak kloroform P. pulcher didapati mengandungi saponin dan terpenoid iaitu monoterpenoid, diterpenoid dan triterpenoid.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > R735-854 Medical education. Medical schools. Research
Divisions: Pusat Pengajian Sains Farmasi (School of Pharmacy) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 07 Feb 2023 08:12
Last Modified: 07 Feb 2023 08:12
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56812

Actions (login required)

View Item View Item
Share