Aplikasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (Cad) Dalam Reka Bentuk Dalaman Ruang Pejabat Pada Era IT di Malaysia

Rahman, Mohd Faisal Abd (2005) Aplikasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (Cad) Dalam Reka Bentuk Dalaman Ruang Pejabat Pada Era IT di Malaysia. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (21MB) | Preview

Abstract

Kesan perkembangan teknologi maklumat (!.TJ di Malaysia hasil daripada pembangunan projek Koridor Raya Multimedia telah membangunkan banyak bangunan pintar khususnya bangunan pejabat institusi. Secara tidak langsung, bidang ini sangat memerlukan golongan yang pandai mengguna pendekatan inovatif dalam melahirkan idea dan konsep reka bentuk ruang dalaman bangunan pejabat selari dengan kesan perkembangan tersebut. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana revolusi grafik digital telah memberi nafas baru dalam bidang reka bentuk ruang dalaman pejabat. Dengan penurunan kos dan peningkatan kecekapan pada komputer dan perisian yang digunakan, ramai pereka khasnya arkitek dan pereka bentuk dalaman kini tertumpu kepada integrasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (CAD) dalam melaksanakan proses kerja-kerja reka bentuk. Dalam penyelidikan ini, tiga perisian reka bentuk berbantukan komputer dan grafik dua dimensi (20) telah dipilih sebagai subjek-subjek untuk dianalisis. Ia dipilih kerana tahap populariti penggunaannya dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman. Perisian tersebut ialah AutoCAD 2002, 3D Studio Viz dan Corel Draw J J. Perisian 3D Studio Viz merupakan perisian yang popular digunakan untuk visualisasi 3 dimensi (3D) iaitu pembinaan model 3D digital, penjanaan bahan pada permukaan objek dan pembikinan animasi 3D manakala perisian Corel Draw 11 pula lebih banyak digunakan untuk penyuntingan imej 2D. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengupas masalah dan faktor yang dihadapi semasa mereka bentuk ruang dalaman bangunan pejabat, iaitu bermula daripada proses pada peringkat perancangan sehinggalah kepada proses kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat yang telah siap. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga mengukur tahap keperluan penggunaan CAD dalam kerja reka bentuk ruang dalaman pejabat. Pengukuran ini meliputi proses-proses penjanaan model 3D visual maya bagi perancangan ruang, kesan pencahayaan, pengubahsuaian bentuk dan struktur serta pemilihan bahan, kemasan dan tekstur bahan binaan. Kaedah ini membantu pereka bentuk menganalisis sesuatu reka bentuk dengan lebih efisien di mana pereka bentuk dapat membuat keputusan reka bentuk dengan bijak dalam masa yang singkat. Penyelidikan ini mendapati hasil kajian literatur dan analisis kajian telah menyokong bahawa CAD boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk penghasilan reka bentuk dalaman khususnya reka bentuk dalaman pejabat yang baik. Dalam pada masa yang sama, pereka bentuk hendaklah peka terhadap keperluan semasa, selaras perkembangan IT yang menjadi faktor utama kepada reka bentuk yang ditampilkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: T Technology > TH Building construction > TH2025-3000 Details in building design and construction
Divisions: Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan (School of Housing, Building & Planning) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 27 Jan 2023 02:53
Last Modified: 27 Jan 2023 02:53
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56578

Actions (login required)

View Item View Item
Share