Rahman, Mohd Faisal Abd
(2005)
Aplikasi Reka Bentuk Berbantukan Komputer (Cad)
Dalam Reka Bentuk Dalaman Ruang Pejabat Pada Era
IT di Malaysia.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kesan perkembangan teknologi maklumat (!.TJ di Malaysia hasil daripada pembangunan
projek Koridor Raya Multimedia telah membangunkan banyak bangunan pintar khususnya
bangunan pejabat institusi. Secara tidak langsung, bidang ini sangat memerlukan golongan
yang pandai mengguna pendekatan inovatif dalam melahirkan idea dan konsep reka bentuk
ruang dalaman bangunan pejabat selari dengan kesan perkembangan tersebut. Penyelidikan
ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana revolusi grafik digital telah memberi nafas
baru dalam bidang reka bentuk ruang dalaman pejabat. Dengan penurunan kos dan
peningkatan kecekapan pada komputer dan perisian yang digunakan, ramai pereka khasnya
arkitek dan pereka bentuk dalaman kini tertumpu kepada integrasi Reka Bentuk
Berbantukan Komputer (CAD) dalam melaksanakan proses kerja-kerja reka bentuk. Dalam
penyelidikan ini, tiga perisian reka bentuk berbantukan komputer dan grafik dua dimensi
(20) telah dipilih sebagai subjek-subjek untuk dianalisis. Ia dipilih kerana tahap populariti
penggunaannya dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman. Perisian tersebut ialah
AutoCAD 2002, 3D Studio Viz dan Corel Draw J J. Perisian 3D Studio Viz merupakan perisian yang popular digunakan untuk visualisasi 3 dimensi (3D) iaitu pembinaan model
3D digital, penjanaan bahan pada permukaan objek dan pembikinan animasi 3D manakala
perisian Corel Draw 11 pula lebih banyak digunakan untuk penyuntingan imej 2D. Fokus
penyelidikan ini adalah untuk mengupas masalah dan faktor yang dihadapi semasa mereka
bentuk ruang dalaman bangunan pejabat, iaitu bermula daripada proses pada peringkat
perancangan sehinggalah kepada proses kerja-kerja penyelenggaraan bangunan pejabat
yang telah siap. Dalam hal ini, penyelidikan ini juga mengukur tahap keperluan
penggunaan CAD dalam kerja reka bentuk ruang dalaman pejabat. Pengukuran ini meliputi
proses-proses penjanaan model 3D visual maya bagi perancangan ruang, kesan
pencahayaan, pengubahsuaian bentuk dan struktur serta pemilihan bahan, kemasan dan
tekstur bahan binaan. Kaedah ini membantu pereka bentuk menganalisis sesuatu reka
bentuk dengan lebih efisien di mana pereka bentuk dapat membuat keputusan reka bentuk
dengan bijak dalam masa yang singkat. Penyelidikan ini mendapati hasil kajian literatur
dan analisis kajian telah menyokong bahawa CAD boleh dimanfaatkan sebaiknya untuk
penghasilan reka bentuk dalaman khususnya reka bentuk dalaman pejabat yang baik.
Dalam pada masa yang sama, pereka bentuk hendaklah peka terhadap keperluan semasa,
selaras perkembangan IT yang menjadi faktor utama kepada reka bentuk yang ditampilkan.
Actions (login required)
|
View Item |