PPS, Pusat Pengajian Seni
(2007)
Penerapan Unsur-Unsur ‘The System’ Di Kalangan Pelakon-Pelakon
Teater Sebabak Di Malaysia.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kajian dalam tesis ini meliputi proses pembinaan karektor di kalangan
pelakon-pelakon teater sebabak di Auditorium MATIC (Malaysia Tourist
Information Centre). Teater Sebabak adalah satu bentuk persembahan teater
moden di Malaysia yang telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan
Kesenian Malaysia pada 1990 hingga 1995. Teater Sebabak ini telah
diprogramkan berdasarkan faktor-faktor yang mampu menarik penonton ke
auditorium. Faktor-faktor tersebut adalah seperti penggunaan skrip yang
berdurasi satu jam hingga satu setengah jam, mempunyai satu babak,
mempunyai unsur komedi, dan menampilkan pengarah yang telah terbukti
kredebilitinya serta pelakon-pelakon yang dianggap mempunyai nama besar
dalam seni persembahan teater di Malaysia.
Actions (login required)
|
View Item |