Penyertaan Guru Dalam Membuat Keputusan Pengurusan Sekolah Dan Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Kedah

Abang Engkeh, Abang Hut (2005) Penyertaan Guru Dalam Membuat Keputusan Pengurusan Sekolah Dan Hubungannya Dengan Komitmen Organisasi Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Kedah. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (27MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Kajian ini mengandaikan bahawa faktor kesediaan penyertaan guru dalam teori zon penerimaan iaitu faktor kepakaran dan kepentingan keputusan mempengaruhi kesediaan penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan hubungannya dengan komitmen organisasi. Dengan itu kajian ini digunakan untuk menentukan hubungan antara kedua-dua faktor tersebut dengan tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dan kesan moderatornya dalam hubungan antara tahap penyertaan guru dalam membuat keputusan pengurusan sekolah dengan komitmen organisasi. Kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk mengumpul data daripada guru-guru sekolah menengah di negeri Kedah Darul Aman. Pengumpulan data kuantitatif dilakukan melalui kaedah soal selidik terhadap 564 orang guru dan diikuti dengan pengumpulan data kualitatif melalui kaedah temu bual berkelompok terhadap 17 orang guru dalam tiga kumpulan yang berasingan. Teknik statistik yang digunakan untuk menganalisis data kuantitatif termasuklah ujian-t, ANOVA, korelasi dan Moderated Multiple Regression (MMR). Aras keyakinan yang digunakan adalah pada aras p < .05. Analisis dan interpretasi data kualitatif kemudiannya digunakan untuk menjelas dan menghuraikan lagi dapatan daripada data soal selidik. Keputusan kajian ini menunjukkan wujudnya perbezaan yang siginifikan antara skor min penyertaan sebenar dengan skor min keinginan penyertaan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 12 Jan 2023 03:55
Last Modified: 12 Jan 2023 03:55
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/56295

Actions (login required)

View Item View Item
Share