Liew, Martina Say Peng
(2007)
Laras Bahasa Dalam Iklan Bahasa Inggeris Dan Iklan Bahasa
Malaysia: Satu Analisis Perbandingan.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian telah menjalankan satu analisis laras bahasa yang terdapat pada iklan BI
dengan iklan SM. Tujuannya ialah untuk melihat ciri-ciri persamaan dan perbezaan
yang wujud antara iklan BI dan BM. Selain itu, kajian juga mengkaji kaedah
terjemahan yang digunakan untuk menterjemahkan teks iklan serta mengambil kira
ciri-ciri budaya yang terkandung dalam iklan.
Hasil kajian mendapati bahawa iklan boleh dibahagikan kepada enam jenis kategori
iaitu (i) tajuk, teks dan visual iklan yang sama (ii) tajuk dan teks yang sama tetapi visual
iklan yang berbeza (iii) tajuk dan visual yang berbeza tetapi teks iklan yang sama (iv)
tajuk berbeza tetapi teks dan visual yang sama (v) tajuk yang sama tetapi teks dan
visual, yang berbeza serta (vi) tajuk, teks dan visual iklan yang berbeza. Kajian
mendapati bahawa laras bahasa dalam iklan BI telah dikekalkan dalam iklan BM.
Selain itu, kaedah terjemahan yang paling banyak digunakan dalam iklan ialah kaedah
terjemahan secara literal. Kajian mendapati bahawa ciri budaya tidak banyak terdapat
dalarn sarnpellklan yang dikumpulkan.
Actions (login required)
|
View Item |