Kelestarian Dan Kegagalan“pakatan Rakyat” Dalam Politik Malaysia: 2008 – 2015

Mohd Dzaki, Mohd Zamirul (2019) Kelestarian Dan Kegagalan“pakatan Rakyat” Dalam Politik Malaysia: 2008 – 2015. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (479kB) | Preview

Abstract

Pakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 1 April 2008 ialah satu gabungan parti politik pembangkang terkuat yang pernah wujud dalam sejarah politik Malaysia sebelum era pra – peralihan kuasa daripada BN ke Pakatan Harapan. Perbezaan ideologi politik dan perseteruan politik khususnya antara Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) tidak menghalang mereka untuk bekerjsama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk satu gabungan politik. Melalui Pakatan Rakyat, ketiga – tiga parti ini dilihat mampu menjalankan pentadbiran secara bersama khususnya di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Walaupun menyedari akan perbezaan yang wujud antara mereka khususnya antara PAS dan DAP, mereka masih boleh terus bekerjasama hingga Pakatan Rakyat tersebut mencapai kejayaan terbesar dalam sejarah parti pembangkang di Malaysia dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tahun 2013. Setelah berjaya mencapai kejayaan yang terbaik tersebut, parti – parti komponen Pakatan Rakyat dilihat mula bercakaran. Perkara – perkara yang sebelum itu boleh dikompromi seperti soal ideologi dan sebagainya mula dimainkan semula dan ketegangan terus memuncak hinggalah Pakatan Rakyat itu akhirnya berpecah pada pertengahan tahun 2015. Ironinya Pakatan Rakyat itu berpecah disaat mereka sedang mendaki tangga kejayaan dan bukan seperti lazimnya perpecahan sesebuah gabungan politik itu boleh berlaku disaat sedang mengalami kekalahan

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 30 Nov 2022 17:20
Last Modified: 30 Nov 2022 17:20
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55845

Actions (login required)

View Item View Item
Share