Ahmad, Siti Arinah
(2020)
Prosedur Amalan Dalam Penentuan Awal Ramadhan Dan Syawal Dengan Rujukan Khusus Kepada Kesepakatan Antara Muhammadiyah Dengan Nahdatul Ulama.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Persoalannya, apakah kaedah yang digunakan oleh Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama dalam penentuan awal Ramadhan dan Syawal? Apakah amalan Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama sepanjang proses menentukan awal Ramadhan dan Syawal dilakukan? Maka, kajian ini dilakukan bagi merungkai persoalan-persoalan terbabit. Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini. Pertama, mengenal pasti kaedah rukyah dan hisab dalam amalan Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama bagi penentuan awal Ramadhan dan Syawal. Kedua, menganalisis amalan Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama dalam penetapan awal Ramadhan dan Syawal. Ketiga, mencadangkan prosedur amalan bagi Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama dalam penetapan awal Ramadhan dan Syawal di Indonesia.
Actions (login required)
|
View Item |