Kesan Kawalan Sosial Terhadap Pengguna Dadah Yang Sedang Mengikuti Program Pengawasan Di Cawangan Pengawasan, Biro Kawalan Narkotik, Brunei Darussalam

Jaidin, Zulhilmi Haji (2019) Kesan Kawalan Sosial Terhadap Pengguna Dadah Yang Sedang Mengikuti Program Pengawasan Di Cawangan Pengawasan, Biro Kawalan Narkotik, Brunei Darussalam. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (734kB) | Preview

Abstract

Kawalan sosial merupakan mekanisme terbaik untuk mengawal dan mencegah tingkah laku devian, delinkuen dan jenayah. Permasalahan kajian ini ialah meneliti kesan kawalan sosial terhadap pengguna dadah yang menjalani pengawasan. Manakala objektif kajian ini pula ialah untuk meneliti pengaruh keempat-empat faktor utama kawalan sosial iaitu kawalan diri, pengawasan, program pengawasan dan sokongan sosial kepada pengguna dadah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif sebagai kaedah utama untuk mendapatkan data. Kajian survei menggunakan soal selidik telah dilakukan kepada seramai 250 orang responden. Kaedah kualitatif iaitu temu bual juga digunakan bagi membantu dalam menyokong dan melengkapkan lagi dapatan data kuantitatif. Data yang diperoleh (skor daripada variabel-variabel peramal dan kriterion) telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi berganda melalui pendekatan stepwise. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat faktor iaitu kawalan diri, pengawasan, program pengawasan dan sokongan sosial yang terdiri daripada ibu bapa atau keluarga dan masyarakat secara signifikan telah menyumbang dan mempengaruhi dalam memberikan kesan positif terhadap kawalan sosial pengguna dadah yang menjalani pengawasan. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa keempat-empat faktor kawalan sosial itu memberikan kesan yang positif terhadap pengguna dadah yang menjalani pengawasan dan ini mencegah mereka untuk tidak mengulangi penggunaan dadah walaupun mereka belum selesai atau tamat menjalani pengawasan. Jika mereka gagal dalam pengawasan, maka salah satu faktor atau kesemua faktor adalah lemah dan longgar.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology > RM300-666 Drugs and their actions
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 24 Nov 2022 07:34
Last Modified: 24 Nov 2022 07:34
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55759

Actions (login required)

View Item View Item
Share