Yusoff, Siti Zanariah
(2019)
Konsep Dan Amalan Perhubungan Awam Berteraskan Islam Dalam Hotel Mesra Muslim Terpilih Di Malaysia.
PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Perhubungan awam merupakan satu bidang yang semakin berkembang lantaran kepentingannya dalam organisasi, terutamanya dalam berhubung dengan pelbagai peringkat pemegang taruh (stakeholders). Perkembangan dan persaingan sengit dalam pasaran menyebabkan organisasi memerlukan kepakaran perhubungan awam, termasuklah hotel mesra Muslim (HMM). HMM sebagai sebuah institusi berteraskan Islam yang masih baharu di pasaran memerlukan kepakaran perhubungan awam untuk memperkenalkannya ke serata dunia. Walau bagaimanapun, penelitian terhadap karya lepas menunjukkan masih terhad teori atau model perhubungan awam dalam bidang hospitaliti, selain bersifat dominasi Barat.
Actions (login required)
|
View Item |