Pengaruh Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua Dan Perlakuan Inovatif Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah Agama Rakyat Di Wilayah Yala, Thailand

Mayeng, Yeewae (2011) Pengaruh Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua Dan Perlakuan Inovatif Terhadap Prestasi Kerja Guru Sekolah Agama Rakyat Di Wilayah Yala, Thailand. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan strategik, sokongan pengetua dan perlakuan inovatif terhadap prestasi kerja guru Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand. Selain itu pengaruh sokongan pengetua sebagai mediator (perantara) terhadap hubungan antara amalan pengurusan strategik dalam kalangan pentadbir dan perlakuan inovatif dengan prestasi kerja guru turut dikaji. Sehubungan itu. seramai 1250 orang guru daripada 50 buah Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand telah dipilih secara rawak dengan menggunakan kaedah . multiple-stage sampling' Manakala data pula diperoleh daripada responden dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian utama iaitu Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua, Perlakuan Inovatif dan Prestasi Kerja. Kesemua 52 item kajian memperoleh nilai Cronbach Alpha yang tinggi dan mantap iaitu .92. Seterusnya semua data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif prosedur analisis regresi berganda dan regresi berganda berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa mengikut pandangan guru. para pentadbir SAR di Wilayah Yala, Thailand mengamalkan pengurusan strategik di sekolah masing-masing pada lahap sederhana tinggi. Manakala amalan pengurusan strategik para pentadbir SAR didapati mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap prestasi kerja guru. perlakuan inovatif dan sokongan pengetua. Selain itu, perlakuan inovatif guru SAR pula didapati mempunyai pengaruh yang signfikan terhadap prestasi kerja dan sokongan pengetua. Sementara itu, sokongan pengetua pula didapati mempunyai pengaruh yang signifikanterhadnp prestasi keria guru SAR. Namun demikian. dapatan kajian juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh interaksi antara amalan pengurusan strategik dan perlakuan inovatif individu secara signifikan terhadap prestasi kerja guru SAR. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sokongan pengetua dan perlakuan inovatif telah muncul sebagai peramal terbaik serta signifikan terhadap prestasi kerja guru SAR.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 08 Nov 2022 01:48
Last Modified: 08 Nov 2022 01:48
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55542

Actions (login required)

View Item View Item
Share