Mayeng, Yeewae
(2011)
Pengaruh Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan
Pengetua Dan Perlakuan Inovatif Terhadap Prestasi
Kerja Guru Sekolah Agama Rakyat Di Wilayah Yala,
Thailand.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh amalan pengurusan
strategik, sokongan pengetua dan perlakuan inovatif terhadap prestasi kerja guru
Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand. Selain itu pengaruh sokongan
pengetua sebagai mediator (perantara) terhadap hubungan antara amalan pengurusan
strategik dalam kalangan pentadbir dan perlakuan inovatif dengan prestasi kerja
guru turut dikaji. Sehubungan itu. seramai 1250 orang guru daripada 50 buah
Sekolah Agama Rakyat di Wilayah Yala. Thailand telah dipilih secara rawak dengan
menggunakan kaedah . multiple-stage sampling' Manakala data pula diperoleh
daripada responden dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada empat
bahagian utama iaitu Amalan Pengurusan Strategik, Sokongan Pengetua, Perlakuan
Inovatif dan Prestasi Kerja. Kesemua 52 item kajian memperoleh nilai Cronbach
Alpha yang tinggi dan mantap iaitu .92. Seterusnya semua data yang diperoleh telah
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif prosedur analisis regresi
berganda dan regresi berganda berhierarki. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
mengikut pandangan guru. para pentadbir SAR di Wilayah Yala, Thailand
mengamalkan pengurusan strategik di sekolah masing-masing pada lahap sederhana
tinggi. Manakala amalan pengurusan strategik para pentadbir SAR didapati
mempunyai pengaruh secara signifikan terhadap prestasi kerja guru. perlakuan
inovatif dan sokongan pengetua. Selain itu, perlakuan inovatif guru SAR pula
didapati mempunyai pengaruh yang signfikan terhadap prestasi kerja dan sokongan
pengetua. Sementara itu, sokongan pengetua pula didapati mempunyai pengaruh
yang signifikanterhadnp prestasi keria guru SAR. Namun demikian. dapatan kajian
juga turut menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh interaksi antara amalan
pengurusan strategik dan perlakuan inovatif individu secara signifikan terhadap
prestasi kerja guru SAR. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sokongan
pengetua dan perlakuan inovatif telah muncul sebagai peramal terbaik serta
signifikan terhadap prestasi kerja guru SAR.
Actions (login required)
|
View Item |