Pesalah Juvana Lelaki Dan Pengaruh Persekitaran Sosial Dari Perspektif Geografi Sosial: Kajian Kes Di Pusat-Pusat Pemulihan Juvana Di Pulau Pinang

Rahim, Muhammad Raini Mat (2006) Pesalah Juvana Lelaki Dan Pengaruh Persekitaran Sosial Dari Perspektif Geografi Sosial: Kajian Kes Di Pusat-Pusat Pemulihan Juvana Di Pulau Pinang. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (31MB) | Preview

Abstract

Aktiviti jenayah di kalangan juvana merupakan isu yang terkini dan membimbangkan banyak pihak. Pesalah jenayah juvana selalunya diimejkan sebagai mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah, miskin, mempunyai status sosial yang rendah dan mempunyai masalah pembelajaran di sekolah. Sejauh mana perkara-perkara di atas benar masih terus menjadi subjek kajian para pengkaji jenayah juvana daripada negara-negara Barat dan juga di Malaysia. Kajian tentang punca perlakuan jenayah di kalangan juvana adalah amat mendesak memandangkan kadar jenayah dan jenis jenayah juvana hari ini semakin meningkat. Hal ini disebabkan perubahan yang berlaku dalam persekitaran sosial individu dan kolektif yang semakin meluas dan bersifat global. Berdasarkan keadaan ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam pendapat para juvana sendiri tentang pengaruh persekitaran sosial terhadap perlakuan jenayah mereka. Aspek persekitaran sosial yang dikaji terbahagi kepada dua iaitu Persekitaran Sosial lndividu (PSI) dan Persekitaran Sosial Kolektif (PSK). Kajian berbentuk penerokaan ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini membolehkan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pemungutan data. Kaedah yang digunakan ialah soal selidik kepada 148 orang pesalah juvana, temu bual mendalam dan pemerhatian ikut serta ke atas 32 orang responden di dua buah pusat pemulihan juvana di Pulau Pinang.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: Q Science > Q Science (General) > Q163 Juvenile Works
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 03 Nov 2022 01:21
Last Modified: 03 Nov 2022 01:21
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55476

Actions (login required)

View Item View Item
Share