Rahim, Muhammad Raini Mat
(2006)
Pesalah Juvana Lelaki Dan Pengaruh Persekitaran Sosial Dari
Perspektif Geografi Sosial: Kajian Kes Di Pusat-Pusat Pemulihan Juvana Di Pulau Pinang.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Aktiviti jenayah di kalangan juvana merupakan isu yang terkini dan
membimbangkan banyak pihak. Pesalah jenayah juvana selalunya diimejkan
sebagai mereka yang berlatar belakangkan keluarga yang bermasalah, miskin,
mempunyai status sosial yang rendah dan mempunyai masalah pembelajaran di
sekolah. Sejauh mana perkara-perkara di atas benar masih terus menjadi subjek
kajian para pengkaji jenayah juvana daripada negara-negara Barat dan juga di
Malaysia. Kajian tentang punca perlakuan jenayah di kalangan juvana adalah
amat mendesak memandangkan kadar jenayah dan jenis jenayah juvana hari ini
semakin meningkat. Hal ini disebabkan perubahan yang berlaku dalam
persekitaran sosial individu dan kolektif yang semakin meluas dan bersifat global.
Berdasarkan keadaan ini, kajian ini dijalankan untuk meneroka secara mendalam
pendapat para juvana sendiri tentang pengaruh persekitaran sosial terhadap
perlakuan jenayah mereka. Aspek persekitaran sosial yang dikaji terbahagi
kepada dua iaitu Persekitaran Sosial lndividu (PSI) dan Persekitaran Sosial
Kolektif (PSK). Kajian berbentuk penerokaan ini menggabungkan kaedah
kuantitatif dan kaedah kualitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini
membolehkan penggunaan pelbagai kaedah dalam proses pemungutan data.
Kaedah yang digunakan ialah soal selidik kepada 148 orang pesalah juvana, temu
bual mendalam dan pemerhatian ikut serta ke atas 32 orang responden di dua buah pusat pemulihan juvana di Pulau Pinang.
Actions (login required)
|
View Item |