Pelaksanaan Kod Etika Islam Diinstitusi Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian Kes Di Lembaga Tabung Haji Malaysia

Kamri, Nor' Azzah (2007) Pelaksanaan Kod Etika Islam Diinstitusi Pembangunan Berteraskan Islam: Kajian Kes Di Lembaga Tabung Haji Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (33MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan kod etika lslam di institusi pembangunan berteraskan lslam, khususnya di Lembaga Tabung Haji Malaysia (Tabung Haji). Secara umumnya, tujuan kajian adalah untuk meneliti Nilai dan Etika Kerja Tabung Haji (NEKTH) dari segi teori dan praktis. Secara khususnya pula, kajian ini mempunyai empat objektif. Pertama ialah untuk meneliti asas-asas dalam pembentukan dan pelaksanaan kod etika lslam. Keduanya adalah untuk menganalisis kandungan NEKTH dan dasar pelaksanaannya. Ketiga, untuk mengukur tahap pelaksanaan NEKTH ke atas pembentukan budaya kerja beretika dalam kalangan kakitangan Tabung Haji daripada perspektif pengurusan pembangunan berteraskan lslam. Keempat, untuk merumuskan mekanisme pelaksanaan kod etika lslam yang serasi dengan acuan lslam dari segi teori dan praktis. Bagi mencapai keempat-empat objektif tersebut, kajian perpustakaan dan kajian lapangan dijalankan. Kajian perpustakaan dijalankan bagi memperoleh data sekunder berhubung etika lslam menerusi penelitian terhadap karya-karya terdahulu. Kajian lapangan pula dijalankan bagi memperoleh data primer berhubung pembentukan dan pelaksanaan NEKTH di pejabat-pejabat Tabung Haji terpilih. Fasa ini melibatkan temu bual dengan pihak pengurusan Tabung Haji selaku penggubal dasar dan edaran soal selidik kepada kakitangan Tabung Haji selaku pelaksana dasar dan pendeposit Tabung Haji selaku penerima perkhidmatan Tabung Haji. Data sekunder dan primer yang diperoleh ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif berdasarkan kepeMuan kajian.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 03 Nov 2022 00:40
Last Modified: 03 Nov 2022 00:40
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55473

Actions (login required)

View Item View Item
Share