Kajian Terhadap Tekanan Darah Sistolik, Diastolik dan Min Arteri dalam Komuniti Universiti Sains Malaysia

Ali, Nor Herdawaty (2007) Kajian Terhadap Tekanan Darah Sistolik, Diastolik dan Min Arteri dalam Komuniti Universiti Sains Malaysia. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap pengukuran tekanan darah di kalangan subjek di Universiti Sains Malaysia (USM) dijalankan bertujuan untuk membincangkan faktorfaktor yang mempengaruhi tahap tekanan darah seseorang. Faktor-faktor yang diambil kira termasuklah faktor umur, jantina, kumpulan etnik, berat badan dan faktor persekitaran. Selain itu, kesan latarbelakang sosial, kesihatan, dan gaya hidup subjek terhadap tahap tekanan darah juga dikaji. Seramai 400 orang subjek berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun yang terdiri daripada pelajar dan pekerja di USM dipilih secara rawak. Pengukuran tekanan darah diukur dengan menggunakan manometer merkuri dan DynaPulse 200M. Perbandingan dibuat di antara dua alat pengukuran yang digunakan, julat umur, BMI, jantina, dan etnik. Analisis data dibuat secara statistik dan mengambil kira korelasi, kepersisan dan kejituan alat. Didapati pekali korelasi bagi dua kaedah pengukuran ialah 0.94 masingmasing untuk bacaan sistolik dan diastolik, serta 0.93 untuk tekanan min arteri. Sisihan piawai pula ialah 2.09 untuk tekanan sistolik, 1.788 untuk tekanan diastolik, dan 1.831 untuk tekanan min arteri. Alat pengukuran DynaPulse 200M didapati lebih peka berbanding manometer merkuri. Pengiraan bagi regresi linear untuk fungsi umur ialah YSBP=0.19x+118.2, YOBP=0.08x+72, dan YMAP=0.12x+87.06 masing-masing bagi tekanan sistolik, diastolik dan min arteri. Bagi fungsi berat pula, keputusan yang didapati ialah YSBP=0.1366x+116.47, YOBP=0.0497x+77.96 dan YMAP=0.091x+85.66. Fungsi tinggi bagi tekanan sistolik ialah YSBP=13.91x +102.18, YOBP=5.23x+66.28 untuk tekanan diastolik, dan YMAP=10.53x+74.07 bagi tekanan min arteri. Bagi fungsi BMI pula, regresi linear ialah YSBP=0.3848x+116.1, YOBP=0.1398x+71.63, dan YMAP=0.2465x +85.64. Subjek lelaki didapati mempunyai nilai tekanan darah yang lebih tinggi berbanding subjek perempuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tekanan darah meningkat mengikut peningkatan umur seseorang itu. Etnik Melayu didapati mempunyai tekanan darah paling tinggi diikuti India dan Cina.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1 Physics (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Fizik (School of Physics) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 03 Nov 2022 00:33
Last Modified: 03 Nov 2022 00:33
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/55472

Actions (login required)

View Item View Item
Share