Ali, Nor Herdawaty
(2007)
Kajian Terhadap Tekanan Darah Sistolik,
Diastolik dan Min Arteri dalam Komuniti
Universiti Sains Malaysia.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian terhadap pengukuran tekanan darah di kalangan subjek di Universiti
Sains Malaysia (USM) dijalankan bertujuan untuk membincangkan faktorfaktor
yang mempengaruhi tahap tekanan darah seseorang. Faktor-faktor
yang diambil kira termasuklah faktor umur, jantina, kumpulan etnik, berat
badan dan faktor persekitaran. Selain itu, kesan latarbelakang sosial,
kesihatan, dan gaya hidup subjek terhadap tahap tekanan darah juga dikaji.
Seramai 400 orang subjek berusia dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun
yang terdiri daripada pelajar dan pekerja di USM dipilih secara rawak.
Pengukuran tekanan darah diukur dengan menggunakan manometer merkuri
dan DynaPulse 200M. Perbandingan dibuat di antara dua alat pengukuran
yang digunakan, julat umur, BMI, jantina, dan etnik. Analisis data dibuat
secara statistik dan mengambil kira korelasi, kepersisan dan kejituan alat.
Didapati pekali korelasi bagi dua kaedah pengukuran ialah 0.94 masingmasing
untuk bacaan sistolik dan diastolik, serta 0.93 untuk tekanan min
arteri. Sisihan piawai pula ialah 2.09 untuk tekanan sistolik, 1.788 untuk
tekanan diastolik, dan 1.831 untuk tekanan min arteri. Alat pengukuran
DynaPulse 200M didapati lebih peka berbanding manometer merkuri.
Pengiraan bagi regresi linear untuk fungsi umur ialah YSBP=0.19x+118.2,
YOBP=0.08x+72, dan YMAP=0.12x+87.06 masing-masing bagi tekanan sistolik,
diastolik dan min arteri. Bagi fungsi berat pula, keputusan yang didapati ialah YSBP=0.1366x+116.47, YOBP=0.0497x+77.96 dan YMAP=0.091x+85.66. Fungsi
tinggi bagi tekanan sistolik ialah YSBP=13.91x +102.18, YOBP=5.23x+66.28
untuk tekanan diastolik, dan YMAP=10.53x+74.07 bagi tekanan min arteri. Bagi
fungsi BMI pula, regresi linear ialah YSBP=0.3848x+116.1,
YOBP=0.1398x+71.63, dan YMAP=0.2465x +85.64. Subjek lelaki didapati
mempunyai nilai tekanan darah yang lebih tinggi berbanding subjek
perempuan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tekanan darah meningkat
mengikut peningkatan umur seseorang itu. Etnik Melayu didapati mempunyai
tekanan darah paling tinggi diikuti India dan Cina.
Actions (login required)
|
View Item |