Rahim, Ainihayati Abdul
(2007)
Pembangunan Sistem Pemindahan Gen Untuk
Paenibacillus Durus ATCC 35681.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Paenibacillus durus ATCC 35681 yang merupakan diazotrof dari kumpulan
bakteria Gram positif mempunyai sistem pengikatan nitrogen yang menarik
dengan kehadiran beberapa promoter untuk sesetengah gen nifnya. Sistem
pemindahan gen yang efektif dan vektor yang sesuai telah berjaya dibangunkan
untuk menjalankan kajian genetik bagi bakteria ini. Tiga pendekatan berbeza
telah dicuba dalam usaha untuk memindahkan DNA plasmid ke dalam P. durus
iaitu elektroporasi, transformasi protoplas dan konjugasi melalui pengawanan
dua induk. Vektor untuk pemindahan DNA iaitu pAR400 telah berjaya dibina
dengan mencantumkan dua plasmid iaitu plasmid pC194 dan pBBRIMCS-4.
DNA plasmid telah berjaya dipindahkan ke dalam P. durus menggunakan
kaedah konjugasi melalui pengawanan dua induk. Elektroporasi dan
transformasi protoplas pula tidak berjaya untuk menghasilkan sebarang
transforman. Satu sistem vektor pelapor juga telah dibangunkan dengan
menggunakan protein berpendafluor hijau. Fragmen yang mewakili promoter
putatif bagi gen nifB1, nifB2 dan nifH1 telah diklon ke dalam vektor ini dan
dipindahkan ke dalam P. durus untuk memantau keberfungsian promoter
tersebut. Kehadiran koloni E. coli berpendaflluor membuktikan vektor pelapor ini
dapat berfungsi di dalam bakteria tersebut. Walau bagaimanapun, tiada koloni
berpendafJuor diperolehi apabila vektor ini dipindahkan ke dalam P. durus.
Actions (login required)
|
View Item |