Kasmuri, Abdul Razak
(1999)
Aspek Psikofarmakologi
Alpinia Galanga (L) Sw. (Lengkuas) Dan
Kaempferia Galanga L. (Cekur)
Padamencit.
Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Kajian kesan penenang dan anti kemurungan dua spesis tumbuhan Alpinia
galanga (lengkuas) dan Kaempferia galanga (cekur) dijalankan untuk mengaitkan
kepentingan keseringan spesis tersebut digunakan dalam jamu (persediaan ubatan herba
tradisional Melayu). Penggunaan jamu tersebut waktu lepas bersalin menimbulkan
persoalan tentang kesan psikofarmakologinya kerana waktu lepas bersalin merupakan
waktu yang paling mudah seseorang itu mendapat gangguan mental atau khususnya
depresi.
Kaedah ujian psikofarmakologi pada mencit yang digunakan ialah 'The
Elevated Plus-maze Test' untuk menyaring kesan penenang dan 'The Behavioural
Despair Test' untuk menyaring kesan anti kemurungan. Didapati kedua-dua spesis
tersebut dan juga beberapa produk jamu lepas bersalin mempunyai kesan penenang dan
anti kemurungan. Hasil kaj ian ini merupakan satu penemuan yang mengutarakan
konsep baru penggunaan ubatan tradisional dari aspek psikofarmakologi. Ini boleh
membantu merapatkan jurang perbezaan kefahaman antara perubatan moden dan
tradisional. Di samping itu iajuga boleh menengahkan satu pendekatan baru bagi usaha
menghasilkan drug psikotropik dari tumbuhan.
Actions (login required)
|
View Item |