Epa, Ailis Elizabeth
(2021)
Pemodelan Ruangan Pertumbuhan Penduduk Di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.
Abstract
Lebuh raya telah memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan dan pertumbuhan penduduk. Namun hanya sedikit perhatian diberikan kepada kesan variasi ruangan terhadap perubahan penduduk. Situasi ini secara tidak langsung akan menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kependudukan seperti ketidakseimbangan dari segi ruang, sosial dan ekonomi. Objektif pertama kajian ini ialah menilai corak taburan perubahan penduduk di negeri-negeri wilayah utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Perak di peringkat mukim dari tahun 1991 hingga 2000 dan 2000 hingga 2010. Objektif kedua ialah, mengenal pasti faktor-faktor ruangan yang mempengaruhi corak taburan perubahan penduduk. Objektif ketiga, memodelkan kesan ruangan pembangunan lebuh raya terhadap taburan perubahan penduduk. Kajian ini menggunakan data bancian penduduk daripada Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai instrumen utama. Untuk menganalisis corak, analisis autokorelasi ruangan Global Moran’s I dan Local Moran’s I telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa taburan penduduk di peringkat mukim berbeza mengikut ruang dan masa. Manakala Analisis regresi berganda telah dijalankan bagi mengenal pasti faktor yang signifikan dalam mempengaruhi perubahan penduduk. Hasil daripada analisis regresi berganda yang telah dijalankan, setiap model memberikan tahap kepentingan yang berbeza dari segi faktor pengaruh dan kesannya terhadap corak ruangan perubahan penduduk. Model regresi ini berjaya membuktikan faktor ruangan seperti jarak ke bandar wilayah dan jarak ke bandar negeri dan jarak ke stesen tol mempengaruhi perubahan penduduk pada tahun 1991-2000 dan 2000-2010. Pada tahun 1991-2000, corak berkelompok di kawasan mukim yang terlibat disebabkan oleh faktor seperti Umur 65 ke atas, Universiti, Pertanian, Industri, Kepadatan Penduduk, Jarak ke bandar wilayah dan Jarak ke bandar negeri. Manakala pada tahun 2000-2010 corak ruangan perubahan penduduk disebabkan oleh Umur 65 ke atas, Pertanian, Industri, Kepadatan Penduduk dan Jarak ke bandar wilayah. Model ruangan yang dibangunkan ini juga menjadi maklumat asas dalam membuat penilaian awal sesuatu polisi dan dapat membantu perancang polisi membuat perancangan memandangkan terdapat data-data demografi, sosioekonomi dan lokasi dalam pembentukan model ini.
Actions (login required)
|
View Item |