Pemetaan Simbol Pergerakan Tarian Menghadap Rebab Dari Perspektif Alam Semula Jadi Dan Islam Melalui Alat Perakam Gerak

Bakhir, Norfarizah Mohd (2020) Pemetaan Simbol Pergerakan Tarian Menghadap Rebab Dari Perspektif Alam Semula Jadi Dan Islam Melalui Alat Perakam Gerak. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (459kB) | Preview

Abstract

Tarian Menghadap Rebab merupakan tarian pembukaan yang wajib dilakukan untuk sebuah persembahan Makyung. Kehalusan dalam persembahan tarian Menghadap Rebab dapat dilihat dan dihayati secara visual. Akan tetapi tiada data yang melihat simbol dan corak dalam pergerakan tarian ini serta melihat pentafsiran dari segi falsafah alam semula jadi dan Arabesque. Tarian Menghadap Rebab secara makro dilihat mempunyai persamaan dengan unsur-unsur alam semula jadi berdasarkan lirik lagu dan pergerakan tarian. Penggunaan simbolisme dalam tarian Menghadap Rebab menunjukkan terdapat kaitan yang penting dengan alam semula jadi dan berkait rapat dengan unsur-unsur kepercayaan lama, seperti animisme, pengaruh Hindu dan Buddha serta agama Islam. Objektif kajian ini adalah untuk melihat pergerakan tarian Menghadap Rebab secara mikro yang dipetakan dengan menggunakan alat perakam gerak. Apabila pergerakan tarian dilakukan, simbol akan dijana. Setiap pergerakan ini akan dianalisis bagi melihat hubungan persamaan yang dihasilkan dengan falsafah alam semula jadi dan agama berpandukan garisan yang dipetakan melalui alat perakam gerak. Penggunaan teknik rakaman gerak akan memudahkan proses mendapatkan kesahihan simbol dan makna dalam tarian yang diperoleh daripada pemetaan tersebut. Kajian ini dibantu dengan penggunaan analisis kandungan deskriptif dan analisis tema bagi melihat dan memahami makna dalam persembahan tarian Menghadap Rebab. Penggunaan teori biomekanik, teori seni dan teori simbolisme akan memperkukuhkan analisis pergerakan tarian ini.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Mohammad Harish Sabri
Date Deposited: 15 Sep 2022 02:01
Last Modified: 15 Sep 2022 02:01
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/54714

Actions (login required)

View Item View Item
Share