Ujian saringan kesedaran fonologi kanak-kanak 6 tahun di Kuala Krai, Kelantan

Zulkipli, Aimi Syahidah (2011) Ujian saringan kesedaran fonologi kanak-kanak 6 tahun di Kuala Krai, Kelantan. Other. Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF - Submitted Version
Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kemahiran kesedaran fonologi di kalangan kanakkanak berumur 6 tahun Kelantan di daerah Kuala Krai. Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti tahap kemahiran kesedaran fonologi dan membandingkan kemahiran kesedaran fonologi antara kanak.-kanak lelaki dan perempuan menggunakan Ujian Saringan Kesedaran Fonologi Versi Bahasa Malaysia [MAPAS] yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian populasi kajian. Kajian ini bermatlamat untuk menyediak.an status terkini kemahiran kesedaran fonologi di kalangan kanak-kanak berumur 6 tahun Kelantan di daerah Kuala Krai. Justeru, kajian ini akan menyediakan satu mekanisma untuk mengenal pasti kanak.-kanak yang berisiko mempunyai masalah membaca. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan ujian Friedman satu hala ANOV A untuk mengenal pasti kemahiran kesedaran fonologi di kalangan kanak.-kanak berumur 6 tahun di Kelantan dan ujian anal isis Mann-Whitney rank sum U untuk mengenalpasti perbezaan kemahiran kesedaran fonologi antara lelaki dan perempuan .. Hasil kajian menunjukkan kemahiran kesedaran fonologi wujud di kalangan kanak.-kanak berumur 6 tahun tetapi pada tahap yang terhad. Bagi objektif kedua, kajian menunjukkan tidak ada perbezaan kemahiran kesedaran fonologi antara kanak.-kanak lelaki dan perempuan berumur 6 tahun Kelantan di daerah Kuala Krai. Kesimpulan, tahap kemahiran kesedaran fonologi kanak-kanak. amat dipengaruhi pendedahan kepada fonologi, tahap Jatar belakang pendidikan keluarga dan kewangan keluarga.

Item Type: Monograph (Other)
Uncontrolled Keywords: fonologi
Subjects: R Medicine
Divisions: Kampus Kesihatan (Health Campus) > Pusat Pengajian Sains Perubatan (School of Medical Sciences) > Thesis
Depositing User: Mr Abdul Hadi Mohammad
Date Deposited: 11 Aug 2022 00:31
Last Modified: 11 Aug 2022 00:31
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53989

Actions (login required)

View Item View Item
Share