Eksperimentasi Gabungan Tanah Liat Dengan Sisa Organik Bagi Menghasilkan Jasad Seramik Berdaya Tahan Untuk Pembakaran Raku

Mohamed, Noor Mustaqim (2021) Eksperimentasi Gabungan Tanah Liat Dengan Sisa Organik Bagi Menghasilkan Jasad Seramik Berdaya Tahan Untuk Pembakaran Raku. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia..

[img]
Preview
PDF
Download (527kB) | Preview

Abstract

Tesis ini dijalankan untuk mengkaji gabungan tanah liat stoneware dengan dua jenis sisa organik untuk membentuk formula tanah liat bagi menghasilkan seramik teknik raku. Teknik raku merupakan teknik menghasilkan seramik bersuhu rendah yang berasal dari negara Jepun dan telah wujud sejak abad ke-16. Teknik raku adalah satu teknik yang memerlukan seramik yang masih panas dan membara dikeluarkan daripada tanur, kemudian menyelesaikan fasa penyejukan di luar tanur pembakaran dengan cepat. Permasalahan dalam kajian ini pula mendapati, terdapat kelemahan dari sudut jasad tanah liat stoneware setelah seramik dibakar kemudian dikeluarkan dari tanur kerana berlaku kejutan haba dan ketidakstabilan fizikal selepas pembakaran. Dalam pada itu, kajian ini dijalankan untuk mencari penyelesaian dengan menghasilkan formulasi jasad tanah liat raku dengan mengaplikasikan sisa organik sebagai bahan ujikaji bagi mengenalpasti bahan campuran yang sesuai digunakan dalam meningkatkan kekuatan fizikal seramik untuk pembakaran raku. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah campuran (mixmethod) kualitatif dan kuantitatif. Data serta maklumat yang diperoleh melalui metod kualitatif ini termasuklah melaui kajian literatur, bahan bertulis serta pemerhatian sepanjang kajian dijalankan. Sementara data berkaitan kuantitatif pula diperoleh melalui ujikaji-ujikaji yang dijalankan iaitu; ujikaji fizikal plastisiti, kecutan kering, kecutan bakar dan juga porositi yang berlandaskan standard ujikaji yang memenuhi piawai. Selain itu, ujikaji fizikal lain yang yang digunakan ialah ujikaji kekuatan lenturan 3 mata dan ujikaji kekuatan kekanan bagi mengenalpasti tahap kekuatan tanah liat setelah pembakaran biskut. Akhir sekali, ujikaji pembakaran raku dijalankan bagi menguji sampel melalui pembakaran raku untuk melihat sampel yang terbaik dan sesuai dipilih sebagai formula campuran jasad tanah liat bagi teknik raku.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general
Divisions: Pusat Pengajian Seni (School of the Arts) > Thesis
Depositing User: Mr Noor Azizan Abu Hashim
Date Deposited: 31 Jul 2022 16:35
Last Modified: 31 Jul 2022 16:35
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53742

Actions (login required)

View Item View Item
Share