Penyelesaian Konflik Tuntutan Nafkah Anak Di Mahkamah Syariah Pulau Pinang

Ismail, Mohd Hazwan (2020) Penyelesaian Konflik Tuntutan Nafkah Anak Di Mahkamah Syariah Pulau Pinang. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (494kB) | Preview

Abstract

Nafkah adalah kewajipan bagi setiap orang yang berada di bawah tanggungannya. Proses di Mahkamah Syariah juga tertakluk kepada prosedurprosedur dan peraturan mahkamah yang menyebabkan tempoh penyelesaian kes mengambil masa yang begitu lama. Maka atas inovasi, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) telah mengeluarkan satu Pekeliling Ketua Hakim Syarie yang membolehkan perintah nafkah anak dilakukan secara mandatori. Objektif dari kajian ini adalah cara menyelesaikan konflik tuntutan nafkah anak yang diperintahkan sebelum tahun 2016. Kemudian dianalisis pelaksanaan perintah nafkah anak secara mandatori yang bermula tahun 2016. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah, jurnal, kertas seminar serta menganalisis peruntukan undang-undang

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-253 Islam
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: Mr Aizat Asmawi Abdul Rahim
Date Deposited: 22 Jul 2022 07:04
Last Modified: 22 Jul 2022 07:04
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53519

Actions (login required)

View Item View Item
Share