Migrasi Penduduk Dari Kawasan Kelantan Utara Ke Kawasan Kelantan Selatan.Satu Kajian Kes Di Tanah Rancangan Kesedar (Rpt) Sungai Terah.

Ahmad, Faizoull (1985) Migrasi Penduduk Dari Kawasan Kelantan Utara Ke Kawasan Kelantan Selatan.Satu Kajian Kes Di Tanah Rancangan Kesedar (Rpt) Sungai Terah. Project Report. Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (3MB) | Preview

Abstract

Penulisan ini adalah menyentuh tontang aspek-aspek yang berkaitan dengan migrasi penduduk dari Kelantan Utara ke Kelantan Selatan yang kini telah semakin ketara iaitu migrasi dikebanyakan tanah rancangan KESEDAR di Kelantan Selatan.Segala perbincangan adalah di dasarkan kepada kajian yang telah dijalankan ditanah rancangan KESEDAR Sungai Terah iaitu dalam daerah Gua Musang Ulu Kelantan. Di dalam bab awal, penumpuan akan diberi terhadap aspek pengenalan kepada kajian iaitu tentang apa yang dikaji, jenis-jenis migrasi, skpp dan objektif kajian ini dibuat serta kaedah yang dijalankan dalam mengutip data. Objektif kajian ialah untuk mengetahui jumlah yang terlibat, distinasi perpindahan mereka, jenis pekerjaan dan keadaan sosio-ekonomi mereka sebelum dan selepas perpindahan. Bab kedua akan membincangkan mengenai latar belakang kawasan kajian, yang mana dengan mengambil kira keadaan geografi negeri Kelantan yang arnat ketara terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan Kelantan Utara yang padat penduduk (8O% penduduk negeri Kelantan) dan kawasan Kelantan Selatan yang mempunyai bilangan penduduk yang kurang (20% penduduk). Kawasan Kelantan Utara adalah merupakan kawasan dataran, meliputi lebih kurang 205 daripada tanah di negeri Kelantan dan telah digunakan sepenuhnya untuk pembangunan dan pertanian. Kawasan Kelantan Selatan pula meliputi 80'' daripada kawasan tanah, kawasannya berbukit bukau dan berhutan rimba. Kawasannya ternyata masih mempunyai ruang dan potensi untuk pembangunan pertanian. Dalam bab kctiga penerangan akan tertumpu kepada KESEDAR iaitu kata singkatan kepada dua rangkai kata Melayu dan Inggeris iaitu Kelantan Selatan Development Authority. Lembaga kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah ditubuhkan dibawah akta bil.203/1978 (Akta kemajuan Kelantan Selatan) dan telah mendapat persetujuan Di Raja pada 28hb. Februari,1978. Penubuhan KESEDAR telah dilancarkan dengan resminya oleh YAB Datuk Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia pada 5hb Mac,1978 bertempat di Kampong Batu Gajah, Tanah Merah. Tujuan KESEDAR adalah untuk membangunkan kawasan pendalaman negeri Kelantan, iaitu kawasan Kelantan Selatan mengikut halacara bersepadu , tersusun dan terkawal supaya kemajuan dan tujuan pembangunan yang dikehendaki dapat dijalankan secara menyeluruh dan memberi faedah yang maksima kepada rakyat Kelantan dari segi sosio-ekonomi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Monograph
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 21 Jul 2022 02:01
Last Modified: 21 Jul 2022 02:02
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53498

Actions (login required)

View Item View Item
Share