Nilai-Nilai Dan Norma-Norma Yang Digunakan Oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia Dalam Menapis Pita-Pita Video

Omar, Md. Jaki (1987) Nilai-Nilai Dan Norma-Norma Yang Digunakan Oleh Lembaga Penapis Filem Malaysia Dalam Menapis Pita-Pita Video. Project Report. Universiti Sains Malaysia. (Submitted)

[img]
Preview
PDF
Download (364kB) | Preview

Abstract

Latihan Ilmiah ini mengandungi enam bab.Bermula dengan pengenalan, dan objektif-objektif perbincangan rasional kajian dijalankan. Seterusnya usaha untuk memahami konsep-konsep asas dan konsep untuk tujuan operasionalisasinya, kaedah kajian dan had-hadnya. Penjelasan mengenai Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) dinyatakan dalam bab dua. Dinyatakan juga badan-badan yang berkaltan dengan LPF, perundangan penapisan di Malaysia dan dasar kerajaan melaluinya. Bab tiga merupakan bahagian ulasan bahan-bahan bacaan yang meliputi pengetahuan, teori dan beberapa basil kajian yang ada kaitannya dengan kajian ini . Keseluruhannya menyentuh tentang nilai dan norma, pengaruh media massa khususnya filem, peranan kerajaan dan pembentukan polisi. Bab empat membincangkan analisa pernyataan oleh kalangan Ahli-Ahli Lembaga Penapis (VTR) mengenai penyaluran nilai dan norma dalam penapisan pita-pita video cereka.Soalan-soalan perlu untuk kajian disalurkan dalam analisa ini. Bab lima merupakan bab analisa dan huraian secara mendalam terus kepada adegan-adegan yang telah ditapis melalui contoh-contoh jodol filem video yang disertakan, sebagai perincian pemilihan penilaian dan tindakan Ahli-Ahli Lembaga Penapis. Kajian ini diakhiri dengan penilaian dan kesimpulan bagi bab empat dan lima, beberapa sumbangan dalam bidang komunikasi, cara memperbaiki kelemahan kajian, cadangan untuk kajian selanjutnya dan akhirnya tinjauan penapisan filem di beberapa buah negara.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87-96 Communication. Mass media
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Monograph
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 21 Jul 2022 01:46
Last Modified: 21 Jul 2022 01:46
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53496

Actions (login required)

View Item View Item
Share