Mahayudin, Mayaslinda
(2020)
Reka Bentuk Modul Blendme Dalam Aplikasi Seni Solekan Terhadap Kemahiran Mencampuratakan Warna Bagi Pelajar Kolej Komuniti.
Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.
Abstract
Kemahiran pelajar dalam menguasai teknik mencampuratakan warna pada solekan dilihat kurang mahir dan pelajar tidak dapat memahami teknik ini melalui kaedah demonstrasi. Latihan solekan menggunakan wajah sebenar mengakibatkan kulit wajah menjadi rosak dan gangguan ini memberikan impak yang negatif kepada pelajar untuk meneruskan latihan solekan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini bertujuan membangunkan satu modul pengajaran iaitu modul BLENDme yang berkonsepkan latihan pada kertas carta wajah bagi meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai teknik mencampuratakan warna pada solekan.
Actions (login required)
|
View Item |