Tawfeeq Abdulla, Ahmed Abdulla
(2008)
The cranial base in relation to
craniofacial skeletal pattern and
facial height among malay
adolescents age 8-19 years in
Hospital Universiti Sains Malaysia.
Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.
Abstract
Ukuran dasar kranium dalam kalangan remaja senng diguna untuk menterjemah
perbedaan dalam morfologi kraniofasial. Kedudukan dasar kranium yang unik
membolehkan perkembangan kompleks fasial mempengaruhi struktur muka yang sedang
membentuk dihubungkaitkan. Ukuran ini nyata berbeda antara kumpulan etnik sedunia.
Kajian hirisan lintang ini menggunakan 150 keping (98 lelaki and 52 perempuan)
imbasan 3 dimensi tomografi berkomputer bagi remaja etnik Melayu berumur 8-19 tahun
di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. lmbasan tersebut
seterusnya dikategori kepada empat sub-kumpulan umur iaitu 8-10, 11-13, 14-16, and 17-
19 tahun bagi mengesan perubahan ukuran. Ia kemudian dianalisa dengan Advantage
Workstation AW 4.0-05 menggunakan pakej perisian bagi pemprosesan imej untuk
sistem imejan perubatan. Ukuran Dasar Kranium Anterior (DKA) dalam remaja lelaki
menunjukkan pertambahan paling signifikan pada sub-kumpulan umur 11-13 tahun dan
14-16 tahun. Ukuran Dasar Kranium Posterior (DKP) terus menunjukkan peningkatan
dari umur 8-1 0 tahun hingga ke 14-16 tahun tetapi berhenti pad a sub-kumpulan umur 1 7-
19 tahun. Ukuran Dasar Kranium Total (DKT) menunjukkan pertambahan signifikan
dalam sub-kumpulan umur 11-13 tahun dan 14-16 tahun. Bagi remaja perempuan, ukuran
DKA menunjukkan pertambahan signifikan pada umur 8-10 tahun dan 11-13 tahun yang
mana selepas umur ini, tidak berlaku pertambahan ukuran yang signifikan. Pertumbuhan
DKP adalah lebih lambat dan kadar pertambahan adalah tidak signifikan. Ukuran DKT
dilihat signifikan pada umur 8-1 0 tahun hingga 11-13 tahun tetapi pertambahan adalah
tidak signifikan dalam sub-kumpulan umur yang lebih tinggi. Ukuran linear dalam remaja
lelaki menunjukkan nilai-nilai yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan remaja perempuan dalam kategori sub-kumpulan umur yang sama. Perbedaan yang paling ketara
terserlah di antara remaja lelaki dan perempuan adalah tempoh pertumbuhan pada umur
yang signifikan di mana remaja lelaki menunjukkan pertambahan yang signifikan selepas
umur 11-13 tahun manakala remaja perempuan menunjukkan pertambahan yang
signifikan pada umur 8-10 tahun. Bagi kedua-dua jantina Sudut Dasar Kranium (SDK)
menunjukkan korelasi positif dengan pola skeletal fasial. Walaubagaimanapun SDK tidak
menunjukkan hubungan yang signifikan dengan ketinggian muka bagi kedua-dua jantina.
Ukuran dasar kranium dalam kalangan remaja Melayu di Kota Bharu adalah serupa
dengan ukuran yang terdapat pada data Kaukasian. Walau bagaimanapun ukuran dasar
kranium dalam kalangan remaja Melayu perempuan menunjukkan jarang berlaku pecutan
pertumbuhan selepas umur kronologi dan umur skeletal tiga belas tahun. Penemuan ini
mempunyai implikasi klinikal terhadap keputusan tentang waktu untuk rawatan
ortodontik dan perancangan rawatan ortodontik bagi remaja etnik Melayu.
Actions (login required)
|
View Item |