Sharon Casilda, Theophilus
(2008)
A randomised control trial on the use of topical methicillin in reducing ventriculoperitoneal shunt postoperative infection.
Masters thesis, Pusat Pengajian Sains Perubatan.
Abstract
Analisis prospektif efek penggunaan antibiotic methicillin secara
topikal dalam mengurangkan infeksi pascapembedahan ventriculoperitoneal
shunt. Matlamat penyelidikan ini adalah untuk menilai penggunaan antibiotic methicillin
dalam pembedahan ventriculoperitoneal shunt termasuk merendam alat-alat system
shunt dalam bancuhan antibiotic methicillin untuk membasmi infeksi pasca pembedan
shunt. Kajian ini adalah sebuah kajian prospektif yang bermula dari bulan November 2005
sehingga bulan Mei 2007 semua kes-kes yang di rujuk atau di masukkan ke wad
Neurosurgeri di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru yang di diagnosa dengan
hidrokefalus, di perhatikan selama 3 bulan setelah pembedahan ventriculoperitoneal
shunt. Pasien di pilih secara random dan di bagi kepada 2 kumpulan, kumpulan 1
tanpa penggunaan topikal methicillin dan kumpulan 2 dengan penggunaan topical
,methicillin. Keputusan ujikaji tersebut di analisa menggunakan aplikasi SPSS versi 12.0 [2003] Sejumlah 90 pasien di lantik untuk mengambil bahagian dalam kajian ini dimana
diteliti factor-faktor seks, umur, lama dan waktu pembedahan di lakukan, etiologi dan
tahap kecekapan ahli bedah yang boleh mempengaruhi jangkitan kuman
pascapembedahan ventriculoperitoneal shunt. Faktor- faktor yang diteliti selama 3
bulan setelah pembedahan ventriculoperitoneal shunt.13 orang telah mendapat
jangkitan kuman pasca pembedahan ventriculoperitoneal shunt dalam 3 bulan.
Dimana kumpulan 1 tanpa methicillin kadar jangkitan di dapati 20% dan kumpulan 2
dengan methici llin kadar jangkitan 8.9%. secara statistik di dapati tiada perubahan
dalam menurunkan kadar jangkitan walaupun dengan penggunaan topical methicillin
(p=0.230) Didapati kadar jangkitan yang lebih tinggi pada kanak-kanak di bawah 1
tahun yaitu 64.3% dan jangka waktu pembedahan yang melebihi satu jam
menyebabkan kadar jangkitan lebih tinggi yaitu 84.5%. Dari penyelidikan ini dapat di buat kesimpulan bahwa penggunaan topical methicillin
tidak mengurangkan jangkitan kuman pasca pembedahan ventriculoperitoneal shunt
(p=0.0230). Walau bagaimanapun di dapati bahwa factor-faktor lain seperti umur dan
jangka masa pembedahan memainkan peranan dalam menentukan jangkitan kuman
pasca pembedahan.
Actions (login required)
|
View Item |