Modul Pembelajaran Integrasi Stem Forensik Dalam Meningkatkan Pemikiran Kritis Dan Kreativiti Saintifik Murid Sekolah Menengah Merentas Jantina

Aris, Noor Fadzilah (2020) Modul Pembelajaran Integrasi Stem Forensik Dalam Meningkatkan Pemikiran Kritis Dan Kreativiti Saintifik Murid Sekolah Menengah Merentas Jantina. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (764kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai satu modul yang dikenali sebagai Modul Pembelajaran Integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik (PISTEM Forensik) serta mengkaji keberkesanan penggunaan modul ini terhadap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik murid tingkatan empat. Kajian ini turut mengkaji sama ada penggunaan PISTEM Forensik memberi kesan yang berbeza terhadap tahap pemikiran kritis, tahap kreativiti saintifik dan pengekalan keduaduanya berdasarkan jantina murid. Kajian ini juga cuba menentukan mungkinkah kesan PISTEM Forensik ke atas tahap pemikiran kritis dan kreativiti saintifik adalah lebih tinggi pada murid lelaki atau murid perempuan atau mungkin kesannya sama untuk kedua-dua kumpulan. Kajian pembangunan modul ini mengaplikasikan reka bentuk sistem instruksi menggunakan Model ASSURE sebagai landasan utama. Ia terdiri daripada tiga peringkat berdasarkan langkah-langkah dalam Model ASSURE iaitu peringkat pembangunan PISTEM Forensik, peringkat pelaksanaan PISTEM Forensik dan peringkat penilaian pakar PISTEM Forensik. Reka bentuk eksperimen kuasi satu kumpulan telah dijalankan dalam program selepas waktu sekolah di dua buah sekolah menengah berbeza mengikut jantina yang dipilih dalam satu daerah yang sama. Peserta terdiri daripada 31 pelajar lelaki dan 36 pelajar perempuan. Kajian ini dijalankan di luar waktu sekolah; justeru itu ia tidak memerlukan kumpulan kawalan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 28 Jun 2022 07:51
Last Modified: 28 Jun 2022 07:51
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53163

Actions (login required)

View Item View Item
Share