Penerokaan Perkembangan Identiti Seksual Gay Dalam Kalangan Gay Di Malaysia

E. Ading, Carmella (2020) Penerokaan Perkembangan Identiti Seksual Gay Dalam Kalangan Gay Di Malaysia. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (434kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka perkembangan identiti seksual gay dalam kalangan gay di Malaysia, mengenalpasti konflik dan cara mereka menangani konflik, mengenalpasti halangan utama dan cabaran yang dialami, serta mengkaji persepsi mereka terhadap pandangan keluarga serta rakan ke atas identiti seksual gay. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan bertujuan dan teknik bola salji. Sampel kajian terdiri daripada golongan lelaki gay yang berumur 18 tahun ke atas. Seramai enam peserta kajian terlibat dalam kajian ini. Pengumpulan data dilakukan dengan cara menjalankan sesi temubual secara mendalam dengan menggunakan kaedah temubual separa berstruktur. Analisis temu bual dilakukan dengan menggunakan teknik analisa grounded. Dapatan utama kajian ini ialah penghasilan satu kerangka model perkembangan identiti seksual gay. Dapatan kerangka model ini penting kerana boleh dijadikan panduan kepada para kaunselor di Malaysia dalam mengendalikan sesi kaunseling dengan golongan gay. Selain itu, hasil dapatan dari kajian ini juga mendapati golongan gay mengalami konflik, mempunyai halangan dan cabaran sepanjang perkembangan identiti seksual mereka dan mempunyai persepsi positif dan negatif terhadap pandangan keluarga dan rakan mereka ke atas identiti seksual gay

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (School of Educational Studies) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 28 Jun 2022 07:25
Last Modified: 28 Jun 2022 07:25
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53161

Actions (login required)

View Item View Item
Share