Analisis Semiotik Terhadap Konsepsi Lambang Flora Dalam Pantun Melayu

Ghani, Mohammad Khairulanwar Abdul (2020) Analisis Semiotik Terhadap Konsepsi Lambang Flora Dalam Pantun Melayu. Masters thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (775kB) | Preview

Abstract

Kajian ini mengkaji konsep lambang flora yang terdapat dalam pantun berlandaskan kepada bidang semiotik. Kajian ini cuba melihat korelasi hubungan yang bersifat sejajar antara lambang dengan makna dalam pantun. Data lambang-lambang flora diambil daripada koleksi pantun Melayu yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2015) dalam buku Kurik Kundi Merah Saga. Sebanyak 266 rangkap pantun nasihat dan 219 rangkap pantun budi digunakan sebagai data bagi (i) menganalisis konsep lambang flora dalam pantun nasihat, (ii) menganalisis konsep lambang flora dalam pantun budi dan (iii) membandingkan konsep dalam pantun nasihat dengan konsep dalam pantun budi berdasarkan jenis lambang flora dan makna. Kajian ini menggunakan himpunan beberapa teori, kaedah dan pendekatan secara eklektik bagi menjawab semua persoalan kajian. Kerangka semiotik Michael Riffaterre (1978) dimanfaatkan bagi melihat unsur flora yang berfungsi sebagai lambang yang ditandai dalam bahagian pembayang pantun. Selain itu, kajian ini turut menggunakan kerangka Leech (1974) yang berdasarkan kepada penelitiannya yang dijalankan secara sintagmatik, iaitu melihat fungsi dan sistem secara kontekstual. Kajian ini menggunakan tiga kaedah kajian iaitu analisis kandungan, perbandingan analisis teks, dan pengiraan kekerapan. Dalam hal ini, data pantun daripada sumber dianalisis berdasarkan tiga tahap ini. Tahap pertama pengkaji akan mengenal pasti kewujudan lambang flora berdasarkan kategori tema pantun yang telah dipilih.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH1-278.5 Natural history (General)
Divisions: Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 28 Jun 2022 07:19
Last Modified: 28 Jun 2022 07:19
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/53160

Actions (login required)

View Item View Item
Share