Kefahaman Mengenai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar IPTA

Basir, Siti Norayu Mohd (2021) Kefahaman Mengenai Patriotisme Dalam Kalangan Pelajar IPTA. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (791kB) | Preview

Abstract

Kajian ini meneroka kefahaman pelajar terhadap nilai keharmonian etnik, jati diri dan kesukarelawanan yang membentuk kecenderungan patriotisme dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui medium pembelajaran Mata Pelajaran Umum Hubungan Etnik (MPUHE). Kajian ini turut bertujuan mengenal pasti perbezaan dan hubungan skor kecenderungan jenis patriotisme pelajar sebelum dan selepas mengikuti MPUHE dan menganalisa adakah terdapat hubungan antara nilai keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan dengan kecenderungan jenis patriotisme pelajar iaitu patriotisme buta dan patriotisme konstruktif. Lokasi kajian adalah di tiga buah universiti awam yang dipilih secara rawak dalam kelompok universiti berfokus, universiti penyelidikan dan universiti komprehensif. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar universiti yang sedang mengikuti MPUHE dan sampel adalah seramai 351 (N=351) bagi tinjauan dan 12 (N=12) sebagai informan temubual. Pendekatan kajian yang dijalankan adalah melalui pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjuan menerusi instrumen soal selidik dan melibatkan seramai 351 sampel (N=351) dan pendekatan kualitatif melalui kaedah temubual bersemuka dengan menggunakan protokol temubual separa struktur dan melibatkan seramai 12 informan (N=12). Informan yang terlibat terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dengan MPUHE iaitu dalam kalangan pakar bidang, tenaga pengajar dan juga pelajar. Sesi temubual melibatkan pengumpulan maklumat mengenai implikasi pengajaran MPUHE terhadap peningkatan pemahaman pelajar tentang patriotisme secara umum dan nilai patriotisme yang dikaji iaitu keharmonian etnik, jati diri dan semangat kesukarelawanan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan (School of Social Sciences) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 02 Jun 2022 04:05
Last Modified: 04 Jul 2022 01:26
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52734

Actions (login required)

View Item View Item
Share