Perbandaran Lestari Islam: Kajian Di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (Mpkb-Bri), Kelantan

Aziz, Syaidatana Siti Aishah Ab (2021) Perbandaran Lestari Islam: Kajian Di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (Mpkb-Bri), Kelantan. PhD thesis, Perpustakaan Hamzah Sendut.

[img]
Preview
PDF
Download (952kB) | Preview

Abstract

Perbandaran penting sebagai proses pembangunan kawasan bandar khususnya dari segi perkembangan ekonomi dan infrastruktur. Perbandaran menyebabkan berlaku tumpuan terhadap kawasan bandar yang seterusnya memberi implikasi positif dan negatif termasuk kesan ke atas ekonomi, sosial dan alam sekitar. Implikasi positif membolehkan pelbagai kemudahan disediakan dan implikasi negatif menyebabkan berlaku pencemaran, pengangguran dan kemiskinan. Ekoran daripada kesan negatif yang berlaku, perbandaran yang lestari dicadangkan sebagai satu solusi bagi memastikan perbandaran dapat dilaksanakan tanpa mengabaikan keperluan generasi kini dan akan datang. Namun, cadangan perbandaran lestari dikesan berhadapan dengan kelompongan pada nilai keagamaan dan spiritual. Justeru, perbandaran lestari Islam dilihat penting bagi memastikan pembangunan bandar yang menyeluruh serta seimbang antara pembangunan fizikal dan spiritual. Persoalannya, apakah perbandaran lestari Islam ini? Bagaimanakah perbandaran lestari Islam dapat dilaksanakan? Di Malaysia, satu-satunya majlis perbandaran yang mengiktiraf dirinya sebagai pentadbir bandar raya Islam ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Justeru, konsep perbandaran Islam itu sendiri melibatkan pelaksanaan pembangunan yang bercirikan sejahtera dan tidak merosakkan. Secara tidak langsung pembangunan Islam yang dilaksanakan merupakan pembangunan lestari yang bersifat berterusan.

Item Type: Thesis (PhD)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H1-99 Social sciences (General)
Divisions: Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV)) > Thesis
Depositing User: HJ Hazwani Jamaluddin
Date Deposited: 02 Jun 2022 03:36
Last Modified: 02 Jun 2022 03:36
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52729

Actions (login required)

View Item View Item
Share