Kebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen Di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan

Muhammad, Rasydan (2020) Kebudayaan Pleistosen Akhir-Awal Holosen Di Gua Pelangi, Jelebu, Negeri Sembilan. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.

[img]
Preview
PDF
Download (650kB) | Preview

Abstract

Sebuah kajian arkeologi telah dilakukan di Gua Pelangi, Negeri Sembilan bertujuan untuk mengenal pasti kebudayaan in situ tertanam di tapak. Kaedah yang digunakan melibatkan kerja lapangan dan analisis makmal. Kerja lapangan khasnya ekskavasi telah dijalankan di tapak ini pada tahun 2015. Ekskavasi telah mendedahkan 299 artifak litik, 52,929 sisa fauna dan bukti pembakaran seperti abu, arang dan sedimen terbakar yang masih in situ. Sampel bukti pembakaran memberikan pentarikhan gua ini telah dihuni pada sekitar 14,000-9,000 tahun dahulu. Analisis makmal terhadap artifak litik mendedahkan teknologi litik (bahan mentah, jenis alat dan teknologi pembuatan) dominan di tapak ini menggunakan batuan sabak (60%) untuk dijadikan alat pebel bifas di samping alat pebel yang lain dan alat repehan. Kehadiran batu pemukul, teras, pelandas dan puingan menunjukkan ada juga aktiviti pembuatan alat batu di tapak ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: C Auxiliary Sciences of History > CC Archaeology > CC1-960 Archaeology
Divisions: Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (Centre for Global Archaeological Research) > Thesis
Depositing User: Mr Hasmizar Mansor
Date Deposited: 26 May 2022 07:06
Last Modified: 26 May 2022 07:06
URI: http://eprints.usm.my/id/eprint/52604

Actions (login required)

View Item View Item
Share